Ketangkasan warga KSM bangunkan MySPIKE, jimatkan perbelanjaan kerajaan RM8 juta
Ketangkasan warga Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam membangunkan Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) dilihat sebagai satu kejayaan, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Warga KSM bangunkan MySPIKE
Steven berkata, kepakaran tersebut sekali gus menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM8 juta.
Foto: BERNAMA
“Dulu orang ingat penjawat awam tidak boleh bangunkan sendiri apa-apa sistem. Jadi kita (kerajaan) kena lantik kontraktor.
“Tetapi sebenarnya penjawat awam adalah pelaksana, pemikir dan perangka strategi. Kebolehan-kebolehan ini ada dalam perkhidmatan awam. Kita harus beri peluang kepada mereka,” katanya menghargai usaha warga KSM bangunkan MySPIKE.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan KSM di Putrajaya hari ini.
Warga KSM bangunkan MySPIKE untuk tingkatkan SPKM
Untuk makluman, MySPIKE adalah sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
Foto: Google
Pada awalnya, ia terdiri daripada Modul-modul Pentaulihan Program, Pendaftaran Pelajar, Perakuan Personel, Verifikasi dan Penilaian Bukan Kredit sebelum dikembangkan fungsi Pentauliahan dan Verifikasi yang memenuhi Penilaian Kredit Berasaskan Competency Unit (CU) dan Penilaian Kredit Berasaskan Modul.
Artikel lain: NTW 2024 Tawar 25,000 kursus & latihan percuma -Menteri Sumber Manusia
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam memuji tindakan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) kerana membela nasib 733 pekerja asing yang ditipu majikan di Pengerang, Johor.
Foto: BERNAMA
“Dan lebih kurang sebulan, penyelesaian menang-menang telah dicapai. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Syabas kepada Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi dan pasukan
“Anda telah berjaya mencegah kezaliman ke atas pekerja-pekerja ini,” ujarnya.
Pada masa sama, Steven turut mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang sudah memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Setiausaha KSM sejak 23 Januari lalu.
“Selamat datang. Saya difahamkan ini kali pertama beliau jadi KSU. Walaupun tugas baharu, tetapi beliau telah beberapa kali turun padang. Saya hargai kesungguhan beliau,” katanya lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source