Malaysia komited perkasa pelaburan hijau, sasar pelepasan karbon sifar bersih 2050
Malaysia kini dalam usaha perkasa pelaburan hijau dalam mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan berkata, ia sebagaimana digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).
Pelan strategik ini adalah bagi meningkatkan pelaburan hijau sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau.
Malaysia perkasa hub pelaburan hijau
Dalam memperkasakan Malaysia ke arah pelaburan hijau, ia bagaimanapun memerlukan pembiayaan yang besar kira-kira RM1.2 trilion sehingga RM1.3 trilion menjelang tahun 2050.
Menurut MITI, anggarkan sebanyak RM250 sehingga RM280 bilion diperlukan (bagi tahun 2023-2029) bagi merealisasikan inisiatif tersebut.
Justeru itu, Malaysia perlu memanfaatkan pelbagai sumber modal termasuk menerusi “Pelaburan Hijau” yang bukan sahaja lebih kompetitif, malah selari dengan trend pelaburan global semasa yang memberi penekanan terhadap aspek Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social dan Governance -ESG).
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata, satu kajian singkat adalah perlu dalam usaha memperkasa strategik menarik pelaburan hijau.
“Satu jangka kajian masa singkat adalah perlu bagi memastikan pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik, yang seterusnya akan dapat meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama,”katanya.
Sementara itu, menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, kajian ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Pelaburan Negara dan Jemaah Menteri, masing-masing pada 9 Januari dan 24 Januari 2024.
Kajian jangka pendek, penting perkasa strategi
Katanya, kajian jangka masa pendek ini adalah tepat pada masanya dan merupakan titik tolak kepada perangkaan strategi dan pelan pelaksanaan bersasar.
Ini bagi menggerakkan agenda pelaburan hijau negara yang lebih berkesan, teratur dan sistematik.
Pelaksanaan kajian ini merupakan pelengkap kepada NIMP dan NETR yang akan mengenal pasti beberapa perkara, antaranya senarai peluang pelaburan hijau berdasarkan enam energy transition levers di bawah NETR, keutamaan pelaburan hijau, sinergi antara peluang pelaburan hijau dan sektor yang dikenal pasti.
Malah, peluang lokalisasi serta peluang pelaburan hijau yang bakal direalisasikan menerusi formulisasi strategi bagi sektor sedia ada.
Artikel lain: Ketangkasan warga KSM bangunkan MySPIKE, jimatkan perbelanjaan kerajaan RM8 juta
Skop kajian turut diperluaskan bagi merangkumi aspek kerangka perundangan (legal framework) bagi Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS).
Ini mengambil kira pengiktirafan kerajaan terhadap aktiviti CCUS sebagai salah satu strategi baharu pertumbuhan hijau dan rendah karbon negara.
“Justeru, terdapat keperluan bagi mewujudkan satu kerangka perundangan berkaitan tadbir urus CCUS bagi membolehkan semua pihak berkepentingan jelas dengan hala tuju Malaysia dalam pertumbujan hijau, sekali gus mendukung aspirasi “katanya lagi.
Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau telah diwujudkan yang dipengerusi oleh PETRA, Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
MITI pula merupakan sekretariat kepada Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source