PU Riz minta suami hargai pasangan, teman isteri bersalin
Pendakwah selebriti, PU Riz minta golongan suami di luar sana hargai penggorbanan isteri masing-masing yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Pemilik nama Muhammad Haris Mohd. Ismail menitipkan nasihat demikian dalam sebuah video dimuat naik pengguna TikTok dikenali seorangnur.
PU Riz minta suami hargai isteri..
Menerusi video dimuat naik, PU Riz minta para suami hargai pengorbanan isteri sepanjang kehamilan termasuk bersalin kerana ia bukanlah fasa mudah.
Ujarnya, pengorbanan yang dilakukan oleh golongan wanita bergelar isteri dan ibu amatlah besar kerana bertarung nyawa bagi melahirkan zuriat.
“Kalau isteri bersalin, tolonglah masuk tengok.
“Besar pengorbanan isteri kita, dia sudah melahirkan zuriat dan kita pun tenang tengok anak-anak membesar dengan sihat,”ujarnya.
Hargai isteri, terima perubahan fizikal selepas bersalin
PU Riz yang juga suami kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa berkata, kaum hawa merupakan insan terhebat.
Golongan suami perlu hargai segala pengorbanan yang telah mereka lakukan dan perlu terima akan perubahan fizikal pada tubuh badan isteri selepas bersalin.
“Kalau ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata.
“Kita padangan dari sudut pengorbanan seorang isteri yang berjuang melahirkan benih kita,”katanya lagi menerusi satu video dalam TikTok.
Artikel lain: PU Riz syukur, rezeki Neelofa melimpah ruah sebab taat suami & patuh syariah
PU Riz kongsi momen teman Neelofa bersalin
Dalam hantaran video sama, PU Riz juga berkongsi pengalaman dan momen berharga ketika melihat sendiri proses kelahiran kedua-dua cahaya matanya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Kongsinya, dia hampir pitam ketika pertama kali masuk ke bilik bersalin dan akui mahu muntah.
“Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah, bukan geli, tapi rasa kasihan.
“Perubahan fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai. Kalau dia pakai seksi dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan satu peringatan untuk kita.
“Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan,”ujarnya.
Sebelum ini, PU Riz meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan rezeki isterinya yang dilantik sebagai duta jenama antarabangsa.
Malah, dia berkata, dia percaya berkat ketaatan isteri terhadap dirinya membuatkan rezeki ‘orang rumah’ kesayangannya melimpah ruah.
Ini kerana Neelofa yang juga pelakon dan usahawan berjaya memikat banyak jenama besar yang melantik dirinya sebagai duta, biarpun kini berniqab.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal,3, dan Abdullah Abbas, tujuh bulan.
@seorangnur Dengar tu para suami, sentiasa ingat dan hargai pengorbanan isteri ❤️#neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou
Sumber: TikTok @seorangnur
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source