Kelly Clarkson Turun Berat Badan Bukan Untuk Cantik – “Doktor Cakap Saya Borderline..”
“Saya melalui pengalaman yang benar-benar sukar selama beberapa tahun, dan pada musim pertama (The Kelly Clarkson Talkshow) saya sukar menerima diri sendiri tanpa penonton mengetahuinya..”
Begitulah luahan hati penyanyi dan pengacara terkenal, Kelly Clarkson berhubung pergelutannya dengan faktor kesihatan serta berat badan beberapa tahun kebelakangan ini.
Juara sulung program realiti American Idol itu bagaimanapun bersyukur setelah episod berat badan yang hampir mengganggu gugat kesihatannya itu telah berakhir setelah beliau memutuskan untuk berubah secara konsisten.
“Saya diberitahu oleh doktor yang saya berdepan simptom prediabetic. Jujurnya, saya tidak terkejut kerana saya tahu berat badan saya sedikit terlebih. Tetapi mereka yang terkejut. Mereka kata saya berada pada garisan ‘borderline’.
“Barulah selepas itu, saya nekad untuk berubah,” katanya.
Kongsi Kelly, 41 kepada PEOPLE ketika ditemui di karpet merah anugerah Grammy 2024, beliau nekad untuk memulakan hidup baharu. Ia demi memastikan kesihatan mentalnya dan dua orang anaknya – River Rose, 9 & Remington Alexander, 7 – terus kekal positif.
“Saya tidak mahukan perubahan ekstrem. Saya hanya mengambil campuran makanan sihat. Saya turun berat badan kerana saya mula mendengar nasihat doktor saya – (sesuatu yang) saya tidak lakukan selama beberapa tahun.
“90 peratus daripada masa saya pada setiap hari akan saya tunaikan diet tersebut kerana ia adalah jenis diet protein. Ia amat bagus untuk bentuk badan seperti saya.
“Lagipun, saya berasal dari Texas jadi saya sukakan daging – maaf kepada kesemua vegetarian di luar sana!” selorohnya.
Memasuki musim kelima The Kelly Clarkson Talk Show, pelantun lagu Since You Been Gone itu merasakan ia adalah musim kegemarannya setakat ini.
Ini setelah dia mula merasakan perubahan pada gaya hidupnya itu memberi kesan kepada dirinya dan keluarga. Bukan sekadar kerana berat badannya menurun sebanyak 17 kg sekaligus menukar bentuk badannya.
Sebaliknya, Kelly merasakan dia lebih gembira apabila melihat anak-anaknya gembira dengan lokasi kediaman baharu mereka di New York.
ARTIKEL BERKAITAN: Soo Wincci Amal Diet Detoks, Berkesan Turunkan Berat Badan! – REMAJA
“Saya tahu, industri (seni hiburan) ini cintakan kisah kehilangan berat badan, tetapi bagi saya kegembiraan ini bukan hanya disebabkan itu.
“Menjadi kurus tidak semestinya membuatkan saya lebih yakin, dan menjadi kurus juga tidak semestinya menjamin saya mendapat kerja.”
“Saya mendapat tempat sebagai juri di program televisyen nombor satu (The Voice) semasa berat badan mencanak naik akibat baru selepas bersalin. Mereka tidak kisah (dengan isu berat badan untuk melantiknya sebagai juri).
“Mereka sukakan saya kerana saya raw, saya real. Ia tiada kena-mengena dengan tarikan seksual atau rupa luaran saya. Ia disebabkan personaliti saya,” kata Kelly.
Di samping itu, beliau juga kini lebih gemar untuk berjalan di sekitar New York dan tidak mengharapkan perkhidmatan Uber semata.
Korang terinspirasi dengan kisah berat badan menurun Kelly Clarkson?
BACA LAGI: Turunkan Kolesterol & Berat Badan Dengan Air Barli Lemon, Amalkan Segelas Sehari – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source