Pesawat terhempas di Kapar miliki sijil kelayakan terbang, laporan awal siap dalam 30 hari
Sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang dilaporkan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada 13 Februari 2024 memiliki pensijilan kelayakan terbang (airworthiness certification) yang sah di bawah European Union Aviation Safety Agency (EASA) sewaktu berlakunya kemalangan.
Pesawat terhempas di Kapar miliki sijil kelayakan terbang
Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini, siasatan awal mendapati pesawat berkenaan memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.
Tambahnya, Sky Media Ltd yang merupakan sebuah syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara
“Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST), sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR.
“AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran IPOOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia,”katanya menerusi kenyataan.
Laporan awal pesawat terhempas siap dalam 30 hari
Dalam pada itu, laporan awal nahas pesawat ringan tersebut akan disediakan dalam tempoh 30 hari.
Tindakan tersebut adalah selaras dengan ketetapan yang telah digariskan oleh Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (Annex 13 ICAO).
Jelasnya lagi, laporan penuh akan disiapkan sepenuhnya selewat-lewatnya 12 bulan daripada insiden tersebut.
“Susulan daripada kemalangan udara itu, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU), Kementerian Pengangkutan mulai tarikh kejadian udara tersebut,”katanya lagi.
Artikel lain: Pesawat ringan terhempas di Elmina, juruterbang, penumpang & penunggang motor maut
Tambah kenyataan, penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan menyelamatkan nyawa, selain mengelakkan kemalangan yang sama berlaku pada masa hadapan.
Sebelum ini, media melaporkan sebuah pesawat telah terhempas dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar.
Malah, pesawat ringan model BK 160 Gabriel itu dikatakan tidak mempunyai kotak hitam, tanpa kotak perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) serta kelengkapan sistem kedudukan global (GPS).
Pesawat ringan dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang jam 1.28 tengahari untuk penerbangan rekreasi dengan hubungan terakhir kepada pegawai kawalan trafik udara dilaporkan jam 1.35 tengah hari.
Nahas itu mengorbankan juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 42.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source