“Depresi, Ubatnya Adalah Doa” -Karl Shafek
Tumpuan dunia terarah kepada negara Türkiye dan Syria yang telah digegarkan dengan tragedi gempa bumi awal pagi Isnin waktu tempatan.
Dengan angka kematian yang dilaporkan telah mencecah angka 4,372 orang dan berbelas ribu lagi mangsa cedera, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud itu telah menjadikan kedua-dua buah negara kejiranan itu topik trending sejak semalam lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Gempa Bumi Di Turkiye & Syria, Seluruh Dunia Tampil Hulur Bantuan – REMAJA
Ini sekaligus merupakan bencana alam besar kedua yang meladan negara Türkiye selepas ia ribuan hektar hutannya pernah terbakar pada pertengahan tahun 2021 sehingga mencetuskan pergerakkan global #PrayForTurkey pada waktu itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ribuan Hektar Hutan Terbakar Di Selatan Turki, Diibaratkan Macam ‘Neraka’ – REMAJA
Salah satu perkara yang diperkatakan adalah mengenai ejaan dan sebutan nama negara Türkiye. Ramai tertanya-tanya adakah ia sama dengan nama Turki atau dalam ejaan bahasa Inggeris, Turkey yang mereka kenali selama ini dan mengapakah ia bertukar?
Jika disoroti sejarah penukaran nama Turki kepada Türkiye, ia secara rasminya telah diumumkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun 2022 setelah Menteri Luarnya pada waktu itu, Mevlut Cavusogla mewakili Presiden dan mengemukakan permintaan rasmi untuk menukar nama negara sejak tahun 2021 lagi.
Jelas Cavusogla, ejaan Turkiye yang disebut sebagai ‘Tur-key-yay’ itu mewakili dan menggambarkan budaya, tamadun serta nilai rakyat negara Turki. Ia juga mempunyai nama panjang iaitu Türkiye Cumhuriyeti ataupun Republik Türkiye.
Bagi yang keliru dengan penggunaan huruf ü pula, ia bukanlah kesalahan typo tau. Sebaliknya, bahasa Türkiye sememangnya menambah tiga huruf vokal iaitu İ (disebut ‘ee’), Ö (disebut seperti o tetapi bibir perlu dimuncungkan) dan Ü (disebut ‘oo’). Lalu, ia menjadikan jumlah keseluruhan huruf yang ada dalam bahasa Türkiye menjadi 29 huruf.
Penukaran ejaan ini juga rupa-rupanya tidak janggal bagi penduduk negara itu memandangkan mereka selama ini menyebut Turki sebagai Türkiye.
ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Atau Tidak? Pasukan Bola Sepak Kedah Di Turkiye Semasa Gempa Bumi Melanda – REMAJA
Tidak Mahu Lagi Dianggap Sebagai Ayam Belanda
Menariknya, perubahan ejaan itu juga disebabkan rasa kurang senang Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan dengan masyarakat antarabangsa yang selalu menyamakan Turki dengan menu tradisional ‘ayam belanda’ atau ‘Turkey’ yang disajikan semasa sambutan Thanksgiving, Hari Natal dan Tahun Baharu.
Sedangkan, nama Turki yang berasal daripada istilah asal Latin ‘Turcus’ membawa maksud yang cukup mendalam iaitu ‘kekuatan’.
‘Turki’ atau dalam ejaan bahasa Inggerisnya, ‘Turkey’ juga mempunyai dua lagi maksud lain yang agak negatif.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan turkey boleh merujuk kepada gelaran untuk individu yang dungu jika digunakan seperti ini; “You are such a turkey.” Satu lagi maksud lain untuk perkataan turkey adalah kegagalan teruk dan ia digunakan seperti ini; “My examination result is a complete turkey.”
Tidak hairanlah Presiden Türkiye ingin mengubah ejaan dan sebutan negaranya dengan segera.
*
Setelah mendapat lampu hijau daripada PBB dan ia diumumkan secara rasmi oleh media antarabangsa, stesen televisyen dan media Türkiye segera melakukan perubahan terhadap ejaan dan melancarkan kempen penjenamaan semula nama negara mereka.
Sebagai info, penukaran ejaan dan sebutan nama negara bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah tamadun moden dunia. Seperti Türkiye, beberapa buah negara lain yang pernah menukar nama negara mereka termasuklah Thailand (Siam), Iran (Persia), Zimbabwe (Rhodesia), Eswatini (Swaziland) dan Macedonia Utara (Macedonia).
Manakala, Belanda yang dikenali sebagai Netherlands pula menggugurkan ‘nama keduanya’ Holland untuk mengelak kekeliruan masyarakat antarabangsa.
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source