Nipah Guesthouse Pangkor, Penginapan Berkonsep Inggeris Unik
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Teringin nak ke sini? Ikuti perkongsian trip solo 3 hari 2 malam ke destinasi ini oleh Nizar Latif
Taman Negara Mulu dikenali dengan banyaknya gua dan juga Mulu Pinnacles. Mulu lebih banyak dilawati oleh pengembara dari luar negara dan sangat-sangat terkesan akibat pandemik covid-19 ini. Bah jom kita ke Mulu. #donepromote
Kembara singkat ini hanya sempat melawat ke tiga buah gua.
Deer Cave (2.30 – 6.20 petang)
– Antara muka gua yang terbesar di dunia.
– Kotak Pos pertama di Gua Warisan Dunia Unesco.
– Batuan berbentuk Abraham Lincoln dari tepi.
– Garden of Eden yang unik.
– Melihat jutaan kelawar keluar secara berkumpulan dari pintu gua.
Clearwater Cave (9.15 – 11.15 pagi)
– Melawat Tamu Batu Bungan, kraftangan orang Penan.
– Air sungai yang jernih dan sejuk dari gua.
– Sungai dalam gua ketujuh terpanjang di dunia. (262 kilometer)
Fastlane Cave (2.30 – 4.00 petang)
– Melihat stalagmites dan stalactites dari dekat.
– Gua yang agak sempit berbanding dua gua di atas.
– Keadaan yang sangat gelap (tiada lampu dan cahaya) agak menyeramkan. Haha
Jika cuti panjang, boleh hiking ke Mulu Pinnacles atau Mulu Summit (perlu tambah 2-3 malam lagi). Aktiviti lain bolehlah melawat ke Marriott Mulu, Batu Bungan (kawasan orang Penan). Kecil ja kawasan Mulu ni.
KOS KEMBARA
(Dikira dari Miri kerana bekerja di sini)
Miri – Mulu by Maswings RM 322
(Direct flight ada juga dari Kuching dan Kota Kinabalu)
Bilik di AA Homestay RM 88
(Digalakkan untuk bermalam di taman negara sendiri sekitar RM 199 semalam dan hostel masih belum buka atau jika ada bajet lebih di Marriott sekitar RM 499 semalam kerana dua tempat ini saja elektrik 24 jam. Homestay luar menggunakan generator.)
Aktiviti di taman negara RM182
– 5 hari pas ke taman negara RM 15
– Deer Cave RM 35
– Clearwater Cave RM 67 (termasuk bot)
– Fastlane Cave RM 65 (termasuk bot)
Makan dalam +- RM 100
Sarapan di kafe taman negara
Makan tengah hari dan malam di Marriott
(Tempat makan halal hanya di sini saja dan agak mahal harganya. Boleh bawa maggi/roti untuk lebih jimat)
Pengangkutan
Jika tidak, ada transporter dari airport ke taman negara (macam Hilux) RM 5 untuk sekali perjalanan.
Jumlah kos keseluruhan: TEKAN KALKULATOR. Haha. Ada dalam gambar terakhir.
Nota:
1. Segala aktiviti dan bilik di taman negara boleh ditempah di website https://mulupark.com
2. Talian telefon ada namun hanya dapat untuk buat panggilan. Internet sangat terhad. Wifi di Marriott saja yang agak laju.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source