Kor Ming mahu penjawat awam fokus laksanakan tanggungjawab, angkat semula darjat negara
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mahu semua penjawat awam memberi fokus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kor Ming minta penjawat awam fokus
Kor Ming berkata, penjawat awam harus memberi fokus melaksanakan tanggungjawab masing-masing kerana setiap amanah tersebut disifatkan seperti benteng pertahanan akhir negara.
Katanya, ia bukan sahaja menyelesaikan masalah dan melaksanakan polisi untuk memenuhi keperluan semasa di negara, tetapi juga mencorak masa hadapan dan memenuhi potensi negara yang tercinta.
Kor Ming, Kerajaan MADANI berazam terajui ekonomi & angkat darjat negara
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan MADANI juga berazam untuk meneraju ekonomi Malaysia di rantau Asia Tenggara.
Ini bagi memastikan kehidupan rakyat di negara ini lebih bermutu seperti mahu Malaysia menjadi 30 peratus ekonomi terbesar di dunia.
“Kita mahu Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia. Kita mahu kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%.
“Kita mahu meningkat Indeks Persepsi Rasuah Malaysia di pentas dunia. Kita mahu mengangkat semula darjat dan martabat negara yang tercinta,”katanya dalam Majlis Madani Muhibah Sempena Tahun Baru Cinta KPKT 2024.
Artikel lain: 2,093 tapak lokasi sampah haram ditutup pada 2023 – Kor Ming
Malaysia harus bersedia, bersatu hati & bekerjasama
Beliau bagaimanapun berkata, ia tidak akan dicapai jika tiada kerjasama, sokongan dan dokongan daripada orang ramai dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI.
Ini kerana segalanya akan menjadi kenyataan jika semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan, sejajar dengan kewujudan Malaysia MADANI sebagai panduan dan ikhtiar yang holistik, sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.
“Dalam dunia pasca normal, Malaysia harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala, skop dan keserentakan; percanggahan yang begitu banyak, kerumitan yang kian bertambah.
“Kita perlu berkemampuan untuk menghadapi kekacauan. Aspirasi Malaysia MADANI adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain,”katanya lagi.
Tambah beliau, kepelbagaian kaum dalam meraikan sambutan perayaan kaum Cina adalah contoh terdekat yang selaras dengan menggambarkan semangat perpaduan meskipun berlainan bangsa.
Ia juga selaras dengan ‘tagline’ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu #Strongertogether #unityInDiversity #DemiPertiwi.
“Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masa hadapan Malaysia terlalu berharga untuk disia-siakan.
“Apa yang berlaku hari ini disebabkan sesuatu keputusan yang dibuat pada masa lalu. Ini adalah sebabnya kita perlu ada reformasi subsidi bersasar, mengkaji semula skim pencen, meningkatkan pengangkutan awam, mewujudkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bermodel baharu dan lain-lain lagi,”ujar beliau.
Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada penjawat awam terutamanya kerana bakal memperoleh bayaran insentif awal yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah meluluskan bayaran insentif awal penjawat awam sebanyak RM2,000 kepada semua di bawah gred 56 dan ke bawah.
Malah, bantuan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source