KSM sasar tiga fokus utama baik pulih institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia menyasarkan tiga fokus utama bagi membaik pulih institusi sedia ada Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM).
Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, antara fokus utama tersebut adalah memendekkan tempoh masa proses pengadilan, mengurangkan kes-kes tertunggak serta menambah baik fasiliti dan kemudahan mahkamah.
Beliau berkata, penyampaian watikah lantikan kepada lima orang pengerusi MPM akan memastikan kelancaran proses mahkamah.
Baik pulih institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia
“Antara aduan yang sering saya terima ialah tempoh lantikan pengerusi MPM adalah terlalu singkat iaitu hanya dua tahun dan proses pelantikan ataupun pembaharuan lantikan mengambil masa yang terlalu lama sehingga berbulan-bulan,” katanya.
Steven Sim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi MPM di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau menjelaskan, keadaan itu bukan sahaja melengahkan proses mahkamah perusahaan, malah menyebabkan ketiadaan jaminan perlindungan perkhidmatan yang munasabah yang akan menggugat proses keadilan di MPM.
Artikel lain: Ordinan Buruh Sarawak perlu dipinda, KSM sedia selaraskan demi hak pekerja
Justeru, beliau mengumumkan tempoh lantikan bagi pengerusi MPM ditambah kepada empat tahun berbanding dua tahun sebelum ini.
Pengumuman tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan penundaan proses pelantikan pengerusi MPM yang baharu.
Proses menaiktaraf Sistem Perekodan Digital turut dilaksanakan oleh MPM bagi memudahkan proses penyalinan transkrip secara auto-tagging dan Janaan Transkrip Segera (Instant).
Bagi memperkasakan institusi MPM, pihak mahkamah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membuat penganjuran Kolokium Reformasi Perundangan dan Pengurusan Mahkamah Perusahaan Malaysia pada 28 dan 29 Februari ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source