Singgah Sahom Valley Resort Di Perak, Lebih 20 Aktiviti Boleh Buat Di Sini!
Nah, ini untuk anda yang masih tak tahu ke mana musim cuti, boleh terus datang ke Sahom Valley Resort, sangat berbaloi masuk dalam senarai bercuti bila datang Perak.
Ada beberapa jenis rumah yang boleh anda boleh menginap kat sini antaranya Kampung Buluh, Kampung Tepian Sungai dan Kampung Warisan yang paling baru sekali.
Nak sewa satu rumah boleh atau terus sewa satu kampung pun boleh. Punyalah ramai anda boleh ajak ahli keluarga atau kawan-kawan.
Kalau anda suka berkhemah, camping site pun ada. RM 50 sekali dengan khemah, berbaloi lah kalau nak datang berdamai dengan alam.
Facilities untuk BBQ pun ada disediakan, bolehlah kenduri malam-malam. Kalau malas, nak dinner di Cafe, resort pun boleh. Ada steamboat dan masakan panas. Tapi menu tidak lah semeriah menu di Kedai Makan Makcik Kiah.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Boleh mandi sungai, berkayak, flying fox, water rafting, water tubing, paintball, fishing, petting zoo, banyaklah.
Okay, ini jenis penginapan yang ada di sini:
Bamboo Village – 2Pax: RM 180
Riverside Village – 2-4 Pax: RM 250 – RM 345
Heritage Village – 3-4 Pax: RM 270 – RM 345
Fishing Camping Village – RM 55
Riverfront Camping Village – RM 25
Ada lebih 20 aktiviti yang anda boleh buat dekat sini, tapi ini antara yang kena cuba!
Ziplining: RM 30
Kayak: RM 15
River Tubing: RM 20
Lokasi:
📍Sahom Valley Resort, Kampar, Perak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source