“Tiada Kata Yang Dapat Gambarkan Betapa Bermaknanya Dia Kepada Saya” -Toh Puan Raghad
Semua sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan larangan drastik bermula Januari 2019.
Penulis yakin remaja diluar sana pun sedar tabiat merokok ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, namun mereka sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin yang terkandung dalam rokok ini.
Tetapi, fakta terbaru lapor Kementerian Kesihatan (KKM), perokok mempunyai risiko lebih tinggi mengalami komplikasi COVID-19 berbanding individu bukan perokok. Hal ini menjadikan risiko kematian pesakit COVID-19 yang merokok adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak merokok.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, merokok merosakkan fungsi paru-paru dan menjadikan badan pesakit lebih sukar melawan koronavirus dan penyakit lain.
“Terkini Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 dilancarkan baru-baru ini iaitu pada 29 Mei 2020 menunjukkan prevalens rakyat Malaysia menghidap darah tinggi adalah sebanyak 30 peratus dan penyakit kencing manis sebanyak 18.3 peratus.
Golongan ini berisiko mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti COVID-19 apatah lagi jika mempunyai risiko tambahan seperti amalan merokok,” katanya.
Golongan perokok berisiko tinggi mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti #COVID19 #COVID19 penyakit berjangkit menyerang terutama paru-paru. Merokok pula merosakkan fungsi paru-paru dan ini menjadikan badan perokok lebih sukar lawan virus itu dan penyakit lain.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
Noor Hisham turut menjelaskan, tinjauan yang sama juga mendedahkan 21.3 peratus rakyat Malaysia yang dianggarkan merokok adalah lebih terdedah kepada risiko komplikasi COVID-19 berbanding mereka yang tidak merokok.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat pemantauan ke atas penjualan secara dalam talian didapati masih giat berjalan misalnya melalui platform e-dagang.
Beliau berkata, kesalahan penjualan secara dalam talian dan kesalahan penjualan produk yang mengandungi nikotin adalah masing-masing dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Racun 1952.
Sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), katanya, sebanyak 118 laman sesawang persendirian, e-dagang dan media sosial yang dikesan melakukan kesalahan telah diambil tindakan.
Tetapi apa pun semua bergantung pada diri si perokok tu sendiri. Apa pendapat korang?
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source