Suami Heliza Helmi didakwa tiada lesen ambil duit pelabur?
Suami Heliza Helmi, Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa tiada lesen ambil duit pelabur apabila tular tangkapan layar namanya menerusi laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Telah disahkan seorang scammer?
Menerusi perkongsian laman Facebook Pseudoscience Watch, mereka mendedahkan bahawa Mahadi telah disahkan sebagai seorang scammer apabila memuat naik butiran suami kepada selebriti itu beserta nama syarikatnya.
Artikel lain: Fitnah! Suami Heliza Helmi akui terasa hati, nafi diri seorang ‘scammer’
Nama suami Heliza Helmi dimasukkan dalam Investor Alert List
Namanya juga telah dimasukkan di dalam Investor Alert List oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dikatakan terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham.
Breaking news ⚠️
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. pic.twitter.com/7XYbqN9VRs
— Najib Fazail (@najibfazail) February 26, 2024
“Ada dua company Berhad yang Mahadi jual saham IRPS, iaitu Kankyo Energy dan QEW. Kedua-dua company hanyalah skim Ponzi.
“Kankyo Energy sehingga ke hari ni belum ada produk tapi pelabur dan terima dividend 16% setahun” ujar Pseudoscience Watch.
Walau bagaimanapun, kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan lagi kerana belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak tertentu berhubung isu terbabit.
Terdahulu, gelaran Dato’ Seri yang digunapakai oleh Mahadi juga menjadi tanda tanya kerana ada dakwaan mengatakan ia adalah palsu.
Namun, tiada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut dan ia berlalu begitu sahaja.
Sumber: Facebook Pseudoscience Watch, X Najib Fazail
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source