Guru Seks, Osho – The Patriots
Kalau tengok cerita Bollywood, korang akan perasan scene anak murid kena cabul dengan guru yoga. Ia menyindir ajaran Seks Tantra, yang dipopular oleh guru India, Osho.
Osho mengatakan: Tuhan adalah rekaan. Tuhan boleh melegakan, tapi bukan penyelesaian. Tuhan adalah pembohongan. Tuhan hanyalah kelegaan untuk minda yang sakit. Tuhan hanyalah untuk mereka yang masih belum sedar dengan hakikat realiti.
Kerohanian tanpa beragama. Inilah gagasan New Age yang dibawa oleh Osho. Cinta, cinta dan cinta. Osho menekankan Self-love sambil mengabaikan cinta kepada Tuhan. Pada pandangan Osho, Tuhan bukanlah zat, tetapi sejenis konsep atau gagasan sahaja.
Seks bebas dan pengikut fahaman New Age tak boleh dipisahkan. Mengikut konsep Seks Tantra, hubungan kelamin adalah cara untuk seseorang mencapai kebebasan rohani. Ajaran ini yang dimanipulasi oleh sesetengah guru yoga, sampaikan anak murid serah body. Osho tak pernah berkahwin dan tak galakkan muridnya kahwin.
“Seorang yang kreatif akan mencintai kehidupan. Engkau menjadi kreatif hanya dengan mencintai kehidupan sehingga engkau memperindahkannya, dengan musik, dengan puisi, dan dengan tarian,” kata Osho.
Ramai yang tertipu dengan kata-kata healing Osho. Kononnya memburu kerohanian, sedangkan ajarannya materialistik. Nak masuk Ashram iaitu pusat komunitinya di India, murid kena bayar tiket 1500 rupee. Jutawan, selebriti, professional, ahli politik dan mat saleh ramai yang jadi pengikutnya. Pada 1976, muridnya mencecah 30,000 orang.
Setelah dihalau daripada kerajaan India, Osho berpindah ke Oregano, Amerika pada 1981. Dia meraih murid mat saleh yang ramai. Namun, kegiatannya mencurigakan pihak berkuasa.
Beberapa tahun kemudian, Osho ditangkap di sebuah lapangan terbang dan dihalau daripada Amerika. Osho dihukum bersalah di bawah jenayah immigration fraud. Sheela, kepala pengikutnya di Oregano pula bersalah kerana meracun penduduk setempat. Osho pulang ke India, tetapi 13 negeri mengharamkannya daripada masuk. Tak lama lepas itu, dia jatuh sakit dan meninggal dunia.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Cinta sebenar kepada Tuhan, boleh korang terokai dalam RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA. Tak seperti Osho, Rumi kuat berpegang dengan Islam. Klik: https://shp.ee/aauql07
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source