Cinta Tidak Dipaksa – Anthony de Mello
“Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang engkau peroleh; cinta bukanlah sesuatu yang engkau hasilkanl cinta bukanlah milikmu; malah, cinta yang sebenarnya memilikimu,” Apa yang sebenarnya dimaksudkan filsuf ni?
Anthony de Mello adalah seorang filsuf cinta yang mengajar di New York. Dia menulis buku The Way to Love, berkenaan gagasan cinta dan kerohanian. Bagaimana kita nak memahami cinta? Ketahui jawapannya dalam buah fikiran Anthony.
Cinta adalah takdir.
Korang pernah tengok perempuan cantik yang kahwin dengan lelaki tak hensem? Jangan pelik, sebab cinta bukanlah satu hal yang boleh dipilih, bahkan cinta punya nalurinya sendiri. Senang kata, cinta tidak dipaksa, dan ia hadir dengan bersahaja.
“Engkau dapat menyuapkan makanan ke dalam mulut, tetapi engkau tidak boleh membuat rasa lapar. Engkau dapat baring terlentang di atas katil, tetapi engkau tidak dapat memaksakan tidur. Engkau dapat berpura-pura memberikan pujian kepada seseorang, tetapi engkau tidak boleh mengada-adakan rasa kagum. Engkau dapat berkongsi rahsia, tetapi belum tentu engkau boleh menjalin kepercayaan. Engkau dapat memberikan layanan terbaik, tetapi ia tidak menjamin hadirnya cinta.”
Cuba lihat ibu bapa kita. Tuhan telah menamakan perasaan cinta seorang ibu kepada bayinya, pertama kali ia keluar dari rahimnya. Meskipun susah payah dan menanggung sakarat, ibu itu akan memeluk bayinya dengan kasih sayang, melupakan kesakitan yang dirasainya tadi. Itulah cinta, ia hadir sendiri tanpa dipaksa.
Begitu juga cinta romantik. Kepura-puraan belum tentu memutikkan kelopak cinta. Hanya jiwa yang sudah purnama dengan sendirinya, boleh merelakan cinta menyinari relung hati. Apa guna memaksa-maksa cinta, jika hasilnya hanya kecewa?
Bak kata Anthony de Mello, “Cinta itu memberi, tanpa menanti-nantikan apa jua balasan. Cukuplah dengan kegembiraan dalam memberi itu sendiri.”
Apakah kegembiraan seorang suami? Bila dapat mencukupkan nafkah keluarganya. Apakah kegembiraan seorang isteri? Bila dapat berkhidmat kepada suaminya. Apakah kegembiraan seorang anak? Bila dapat membanggakan kedua orang tuanya. Apakah kegembiraan sepasang ibu bapa? Bila anaknya membesar sihat dan bahagia.
Erti cinta pada memberi.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi falsafah cinta yang deep untuk korang layan. Korang boleh baca RUMI: FILSUF CINTA ANATOLIA untuk healing sampai pagi. Klik: https://shp.ee/lrsr8m9
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source