Langkasuka, Leluhur Bagi Kesultanan Kedah dan Pattani
Langkasuka, sebuah kerajaan Melayu purba yang menjadi entiti terawal di kalangan kerajaan-kerajaan Melayu.
Kedah Tua dan Pattani dikatakan lahir dari Langkasuka, manakala ada juga yang percaya bahawa Langkasuka dan Kedah Tua adalah entiti yang sama. Walaupun begitu, baik Kedah Tua dan Pattani masih dikenali sebagai sebahagian daripada Langkasuka.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Langkasuka dan Kedah Tua adalah kerajaan kembar yang menguasai kawasan utara Tanah Melayu.
Legenda ini menghubungkan asal usul Langkasuka dengan tokoh-tokoh seperti Iskandar Zulkarnain dan Nabi Khidir.
Diceritakan bahawa kapal Merong Mahawangsa sedang berlayar dari Rom ke China, kapalnya diserang seekor garuda dan akhirnya mereka terdampar di sebuah kawasan bernama Langkasuka.
Tanah itu kemudiannya dikenali sebagai Kedah Zamrin Tuan. Kemudian, 3 orang puteranya ditabalkan menjadi raja kepada beberapa wilayah, di mana anak sulungnya, Merong Mahapudisat menggantikan Merong Mahawangsa dan kemudiannya ditabalkan menjadi Raja Siam.
Manakala Raja Ganjil Sarjuna ditabalkan menjadi Raja Perak yang mengasaskan Gangga Negara, Raja Seri Mahawangsa yang menggantikan kekandanya memerintah Langkasuka dan seorang puteri raja menjadi raja Pattani.
Asal usul Langkasuka juga menjadi subjek kajian beberapa sejarawan seperti Syeikh Daud al-Fathani.
Beliau menyatakan bahawa Langkasuka meliputi wilayah seperti Kedah, Pattani, Ligor, Senggora dan Jaya. Adat dan kepercayaan agama di Langkasuka juga berubah-ubah dari Hindu ke Buddha, dengan pengaruh dari India, China, dan Timur Tengah.
Langkasuka juga dikenali dengan beberapa nama seperti Lang-ya-Shu, Lang-His-Sia, dan Lang-Chia Shu oleh orang Cina yang mengenali kerajaan ini.
Selain itu, Langkasuka pernah berada di bawah pemerintahan saudara sebangsa mereka, iaitu Funan di Indochina dan bahkan menjadi pusat pemerintahan bagi Empayar Srivijaya.
Catatan sejarah dari China, India, Arab, dan Eropah juga menggambarkan kemegahan Langkasuka, dengan pedagang China seperti T’ung Tien pada abad ke-8 Masihi menggambarkannya sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kaya, termasuk raja yang mengenakan jubah emas dan perempuan yang memakai pakaian sutera dan permata.
Langkasuka terkenal dek hubungannya dengan Maharaja Cina, menandakan kepentingan politik dan perdagangan antara Langkasuka dan China.
Menurut beberapa sumber sejarah, Langkasuka hantar utusan ke China untuk memperoleh pengiktirafan dari Maharaja China.
Marco Polo turut menulis mengenai Langkasuka di dalam bukunya. Beliau tertarik untuk melawat Langkasuka ni dan di dalam bukunya ia diberi nama Kerajaan Lindungan Bulan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Jangan lupa KLAB akan berlangsung tak lama lagi! Kami akan lancarkan KITAB TAMADUN MELAYU II yang bakal bawa korang menelusuri kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud satu ketika dahulu!
Sementara tunggu, kami sediakan bab-bab percuma hanya untuk korang! https://thepatriots.store/feb24/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source