Ahli Parlimen Labuan kekal sokong PM, sedia kosong kerusi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menegaskan beliau ‘sanggup’ mengosongkan kerusi untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, jika pindaan Perlembagaan Bersatu, Sabtu ini melarangnya berbuat demikian.
Bercakap kepada FMT, Suhaili berkata beliau tidak akan berganjak dengan pendirian menyokong Anwar, diumumkan Oktober tahun lalu selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik.
“Apa pun pindaan perlembagaan Bersatu pada 2 Mac ini, saya tidak akan berganjak dan beri sokongan kepada PMX (Anwar) waima terpaksa mengosongkan kerusi,” katanya.
Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas, Sabtu ini untuk meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam Ahli Parlimennya menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Anwar.
Pindaan perkara 10 dalam perlembagaan parti itu bagi menghalang insiden sama berulang, selain sedia berdepan PRK jika berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya yang diambil tindakan kelak.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim turut menyatakan kesediaan mengosongkan kerusi dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat.
Selain Suhaili, Syed Hussin dan Azizi, Ahli Parlimen Bersatu yang lain menyokong Anwar terdiri Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Suhaili turut membidas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa ada unsur sogokan diterimanya dalam pertemuan dengan beberapa individu tertentu untuk rundingan mengalihkan sokongan kepada Anwar.
“Tawaran RM1.7 juta didakwa ditawarkan kepada beliau bukan sogokan kerana itu memang peruntukan dan ada garis panduan…ini perkara terbuka.
“Tiada sogokan dalam sokongan kami kepada PM, kenyataan Wan Saiful itu fitnah dan berniat jahat untuk memburukkan kerajaan,” katanya.
Semalam, Wan Saiful dalam perbahasan di Dewan Rakyat mendakwa ditawarkan ‘habuan’ termasuk RM1.7 juta untuk kawasan Parlimen diwakilinya untuk menyokong Anwar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source