Yuna teruja bakal buat persembahan di Festival Supalapa
Penyanyi Yuna teruja bakal buat persembahan di Festival Supalapa yang diadakan di Resorts World Awana, Genting Highlands pada Sabtu dan Ahad ini.
Menurut Yuna, persembahan yang akan berlangsung selama satu jam ini seperti sambungan kepada konsert Yunaverse yang telah dijayakan pada Oktober tahun lalu.
Yuna teruja bakal buat persembahan!
“Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit. Ada penari dan saya akan bawakan lagu baru dan lama.
“Saya rasa teruja membuat persembahan untuk peminat di Malaysia,” katanya.
Penyanyi berusia 37 tahun itu berkongsi, dia tetap gementar apabila setiap kali membuat persembahan walaupun sudah 15 tahun bertapak dalam industri.
Artikel lain: “Cantiknya!”-Penampilan Yuna yang unik dan serba moden terima pujian peminat
“Tapi setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Tak boleh samakan sebab bagi saya bila menyanyi, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka.
“Saya nak bagi tanggapan pertama yang bagus buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah okey,” ujarnya.
Sementara itu, Yuna memaklumkan, dia tidak berasa penat walaupun perlu berulang alik antara Amerika Syarikat (AS) dan Kuala Lumpur (KL) atas urusan kerja.
“Saya sudah 12 tahun di AS. Memang banyak kali saya balik ke KL, kalau boleh nak balik sebulan sekali. Selalunya sekali dalam tempoh tiga bulan tapi alhamdulillah, di KL banyak persembahan.
“Jadi sekarang sejak Oktober saya balik setiap bulan. Alhamdulillah, saya ambil vitamin, minum air, makan makanan sihat, saya okey dan sihat dan bersedia untuk memberi persembahan,” katanya.
Festival Supalapa menyaksikan 40 artis termasuk bintang antarabangsa seperti Tiesto, The Kid Laroi, Jeon Somi, Ali Gatie, XG, EAJ, Armani White, Tones and I dan ramai lagi yang bakal menghiburkan pengunjung.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source