‘Hot Daddy’, 2 wanita mengaku tak salah jual video lucah
PETALING JAYA: Seorang lelaki dikenali sebagai “Hot Daddy” dan dua rakan wanitanya didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menjual rakaman video lucah dua bulan lepas.
Bernama melaporkan Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di depan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7, IPD Wangsa Maju di sini pada 11.54 malam 15 Jan lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, manakala ketiga-tiga tertuduh yang diwakili tiga peguam Mohd Faris Abrar Othman, Mohammed Hissham Ramdzan serta Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar memohon jaminan rendah.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.
Di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan lucah di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 4 petang 22 Jan lepas.
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal, manakala Hasil Ikhwan yang mempunyai tiga anak dan Norhidayah diwakili peguam sama.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 22 April ini.
Pada 26 Jan lalu, Hasli Ikhwan, Norhidayah dan Norshazrina didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source