Amar Asyraf berhenti berlakon, tak selesa & rasa bersalah pegang bahu Mimi Lana
“Memang saya sudah berhenti berlakon,”ujar Amar Asyraf.
Pelakon Amar Asyraf menyatakan dia nekad berhenti berlakon selepas timbul rasa kurang selesa dan bersalah ketika melakukan babak bersentuhan dengan aktres Mimi Lana dalam drama Perempuan Itu.
Amar Asyraf berkata, lakonan bukan lagi jiwanya dan pengalaman menjalani penggambaran drama tersebut pada dua tahun lalu telah menyedarkan dirinya.
Pelakon berusia 38 tahun itu berkata, disebabkan rasa bersalah tidak selesa, dia membuat keputusan untuk berhenti berlakon dan keluar terus dari bidang tersebut.
“Padahal pegang bahu dan tak sentuh pun. Tapi, dalam kamera nampak macam sentuh betul.
“Saya tahu, sebelum itu saya ada pegang-pegang, peluk pun pernah. Tapi, itu aib dulu,”katanya.
Artikel lain: Tak bersentuh kulit, Amar Asyraf lapik kain sebelum pegang Mimi Lana dalam drama
Amar Asyraf nekad berhenti berlakon
Tegas Amar Asyraf, dia nekad berhenti berlakon kerana dia mahu berubah dan enggan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang
“Saya memang sudah berhenti berlakon, drama terakhir saya adalah pada 2021 dan tawaran diterima selepas itu saya tolak sebab nekad mahu tinggalkan dunia seni,”katanya lagi.
Dalam pada itu, Amar tidak menafikan penghijrahannya mendalami ilmu agama turut membuatkan dirinya bulat hati dalam membuat keputusan tersebut.
Tambah Amar, bukan hanya berlakon sahaja, malah dia juga menolak sebarang tawaran program televisyen memerlukan dia muncul di hadapan kamera.
Amar berkata, dia kini memilih untuk memberikan tumpuan penuh kepada perniagaan wangian yang dibinanya.
“Saya berbincang dengan isteri dan rakan usahawan. Saya pernah buat perniagaan sebelum ini, tapi ada yang lingkup sebab tak tumpukan perhatian. Bila fokus, syukur kepada Allah SWT, ia mula menjadi.
“Sumber pendapatan utama dari perniagaan. Dari dunia seni memang tak ada langsung dah sebab saya potong terus. Orang nak upah saya untuk buat ulasan produk pun, saya buat secara percuma. Tawaran memang ada. Baru-baru ini pun ada orang hubungi untuk tawarkan lakonan, tapi saya tak buat,”ujar Amar Asyraf.
Amar berkata, dia tidak pernah rasa rindu akan dunia lakonan kerana masih lagi boleh menyalurkan kreativiti dunia seni menerusi kandungan media sosial sebagai salah satu kaedah mempromosikan perniagaan.
“Secara jujur saya lebih tenang dan gembira. Kehidupan lebih sederhana tanpa perlu fikir soal penampilan malah nak makan di mana-mana pun tiada masalah,”kongsinya.
Sumber: mStar Online(Farol Hadi)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source