Hasrat Syada bertemu Shila Amzah tercapai selepas konflik keluarga selesai
Hasrat adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah untuk bertemu kakaknya itu akhirnya tercapai selepas konflik keluarga mereka selesai.
Memetik laporan mStar, Syada berkata merindui keluarga itu perkara biasa namun kerinduannya terhadap adik-beradik sudah berlalu kerana mereka telah bertemu antara satu sama lain.
“Rindu tu, ya memang rindu sebab adik beradik. Satu lagi, rindu tu dah terlepas dah sebab saya jumpa Amir Syahir, saya jumpa adik beradik saya.
“Jadi bagi saya, benda tu sekadar luahan tapi tak ada apa pun,” kata Syada.
Dalam pada itu, pempengaruh media sosial itu juga mendedahkan dia juga telah bertemu dengan kakak sulungnya itu.
Hasrat Syada bertemu Shila Amzah tercapai
“Mesti kita jumpa, kitorang adik-beradik,” ujar Syada.
Pada masa yang sama, abangnya Amir Syahir yang turut bersama dengan mengatakan masa yang memulihkan persengketaan keluarga mereka.
“Benda ni, masa lah yang memulihkan. Sebab nak kata kitorang buat apa, kitorang lebih banyak bersabar dan terima ini adalah hakikat dan realiti kehidupan kita sekarang.
“Mungkin akan bersama, mungkin akan berpisah. Kita tak tahu kan, Allah yang tentukan semua benda tu. Jadi, untuk masa sekarang, kami ada dalam keadaan yang baik,” kata Syahir.
Tambah Syahir, hubungannya dengan Syada baik-baik sahaja kerana mereka berdua banyak meluangkan masa sejak dari kecil lagi.
Artikel lain: Syada Amzah tak kesal jadi penyanyi, anggap berbakat sejak berusia empat tahun
“Saya dengan Syada, chill. Saya dengan Syada basically membesar bersama-sama, sebab Shila kerja daripada kecik dan perbezaan umur lagi.
“Apa yang saya ingat, saya dan Syada membesar bersama, satu generasi yang sama jadi kami dah dapat sefahaman daripada isu tu lagi,” luahnya lagi.
Sementara itu, Syada juga berharap agar hubungan keluarga mereka akan baik-baik sahaja di masa hadapan tanpa gangguan mana-mana pihak luar.
“Akan menjadi lebih baik, insyallah. Doakan yang baik-baik, semoga tak ada pihak-pihak lain yang melaga-lagakan.
“Kitorang sebenarnya, antara adik beradik dah kenal antara satu sama lain,” jelas Syada.
Akhirnya, hasrat Syada bertemu Shila Amzah tercapai
Foto: Berita Harian
Terdahulu, Shila dan adik-beradiknya bersengketa selepas Syada mendedahkan mereka seakan-akan dihalau selepas terdapat pihak hadir ke rumah bagi melihat persekitaran kediamannya sebelum dijual.
Disebabkan kenyataan itu, adik-beradik penyanyi ini akhirnya berbalah dan saling berbalas kenyataan di laman media sosial masing-masing.
Sumber: mStar (Nazrin Zulkafli), Instagram Amir Syahir, Syada Amzah & Shila Amzah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source