Terjebak pelaburan tak wujud, pesara rugi lebih RM500,000
PETALING JAYA: Seorang pesara kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan tawaran menarik pelaburan tidak wujud melalui dalam talian.
Ketua Polis Seremban, Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa melakukan transaksi sebanyak 16 kali sejak 10 Disember hingga Januari lalu sebelum membuat laporan polis, semalam.
“Polis menerima satu laporan berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM512,200.
“Mangsa seorang wanita iaitu pesara pengurus di sebuah syarikat swasta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.
Beliau berkata, mangsa sebelum itu berurusan dengan seorang individu tidak dikenali di WhatsApp dan menyertai pelaburan berkenaan dengan melakukan pindahan wang.
“Mangsa memindahkan wang miliknya sendiri bermula dari 10 Disember tahun lalu sehingga 14 Januari dan mengalami kerugian berjumlah RM512,200.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan secara atas talian dengan keuntungan yang tinggi.
“Segera buat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Orang ramai juga menghubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source