Video ‘diangkut’ lelaki hanya konten, gadis tampil beri penjelasan
Seorang gadis mendakwa kononnya pernah ‘diangkut’ oleh lelaki selepas pulang dari kelab malam akhirnya tampil memberi penjelasan susulan video tular sekitar dua minggu lalu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, gadis yang dikenali ramai sebagai Lola itu berkata, video berkenaan hanyalah konten semata-mata.
@urgurl101 here is something to clear things up ! kalau boleh share , share ye saya dah explain pasal lola😘 #fypシ
“Saya terpaksa buat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah agak terlalu melampau. Pertama sekali, kalau awak pergi ke Instagram saya, awak akan nampak saya bekerja dengan syarikat tersebut.
“Dan yang berdiri di sebelah saya adalah founder ataupun bos saya lah dalam syarikat itu. Dan saya juga salah seorang daripada duta kepada syarikat itu,” katanya.
Menurut gadis berkenaan, tujuan konten tersebut dicipta hanyalah berkontekskan pemasaran dan kesemuanya informasi tidak wujud.
“Konten tersebut hanyalah berkontekskan marketing sahaja. Semuanya berlandaskan rekaan semata-mata termasuk nama, asal, umur dan isi kandungan konten itu,” jelasnya.
Katanya lagi, tiada sebarang aib yang disebarkan menerusi video tersebut kerana rakaman tersebut hanyalah rekaan semata-mata.
Artikel berkaitan: Tanya berapa kali wanita kena ‘angkut’, netizen rimas tonton konten buka aib
“Sebelum kami lakukan penggambaran video itu, kami dah bincang apa soalan yang akan ditanya dan macam mana soalan itu akan dijawab.
“Jadi, semua orang di sana dah bersetuju untuk merakam video itu dan kami semua faham apa kesannya kalau video itu viral. Daripada pihak saya, saya dah terima sebab saya yang ditemu bual kan. Itu adalah pilihan saya,” ujarnya.
Gadis jelaskan video ‘diangkut’ lelaki hanya konten
Dalam pada itu, gadis itu turut menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia mengambil bahan terlarang sehingga menyebabkan badannya mengecil.
“Saya dari sekolah rendah dah kena body shame pasal badan kecil. Bukan sebab saya ambil bahan terlarang, saya tak pernah buat semua itu.
“Saya ada masalah, ada isu dengan makan. Saya tak suka makan dan berat badan saya memang macam ni daripada kecil,” katanya.
Selain itu, gadis itu juga menafikan dia pernah pulang ke rumah dengan mana-mana lelaki sepanjang hidupnya dan rakan-rakannya tahu akan perkara itu.
“Saya tak pernah balik dengan lelaki. Mana yang mengenali saya tahu saya balik macam mana dan saya keluar macam mana. Selalunya, kalau saya keluar saya akan bawa dengan kawan-kawan perempuan saya.
“Saya mengaku memang akan ada kawan lelaki tapi kami lepak sahaja. Balik ikut haluan masing-masing. Itu adalah cara kami bersosial.
“Saya minta maaf, memang benda itu tak nampak betul dan tak menghalalkan cara tapi sekurang-kurangnya saya tak bawa lelaki pulang rumah,” jelasnya.
Video ‘diangkut’ lelaki hanya konten
Menurut gadis itu lagi, kenyataan yang mengatakan dia sudah lima tahun ke kelab juga tidak benar kerana dia baru berumur 18 tahun dan masih belajar.
Sementara itu, dia juga sudah memaafkan mana-mana individu yang telah mengecamnya sebelum ini termasuklah pihak yang mengecam bentuk badannya.
“Untuk komen-komen negatif yang kecam, body shame dan sebagainya sebelum ni, saya dah maafkan. Tak ada masalah.
“Daripada pihak saya, saya minta maaf sebab saya tahu cara saya itu tidak menghalalkan cara walaupun hanya untuk konten marketing,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang memuji penjelasan daripada gadis tersebut kerana tenang dan tidak seperti pada temu bual yang lalu.
Bestnya dengar…
Semoga keadaan bertambah baik…
Sukanya cara dia bercakap
Cantik lepastu soft spoken
Sesuai jadi cikgu
Macam tengah bercakap dengan doktor
Penjelasan sangat detail dan jelas
Terdahulu, gadis terbabit menyatakan dia sudah lima tahun ke kelab malam dan pernah pulang bersama lelaki ke rumah mereka sebanyak dua kali dalam satu temu bual.
@diamonte._ Betul ke dia jujur???
Disebabkan kenyataan tersebut, dia menjadi bahan kecaman netizen sehingga ada yang menuduhnya menggunakan bahan terlarang kerana bentuk badannya yang agak kecil.
Sumber: TikTok @ urgurl101 & @diamonte._
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source