Izara Aishah amal selawat, elak diri berubah hati & kekalkan iman
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dirinya amal selawat untuk terus kekal istiqamah dalam penghijarahan sehingga kini.
Izara Aishah akui iman naik turun
Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham berkata, tidak mudah buat dirinya untuk terus mengekalkan iman kerana ada kalanya ia naik dan turun.
Bagaimanapun, aktres berusia 31 tahun itu terus kuat untuk memastikan dirinya kekal berada pada landasan yang benar.
“Saya pun selalu lemah juga, iman pun tak kuat sangat, Kadang-kadang sebagai manusia iman turun naik. Tetapi, saya berubah ini kerana Allah SWT sebab itu saya macam kuat sedikit,”katanya.
Artikel lain: “Gangguan mental valid kalau tak dibawah pengaruh ‘ice’” -Izara Aisyah
Izara Aishah amal selawat
Bagi mengelakkan pintu hatinya berubah sepenuhnya, Izara berkata dia mengamalkan selawat seperti mana dinyatakan oleh seorang ustaz dikenalinya.
Kongsinya, dia akan memperbanyakkan selawat dan ternyata ia amat membantu dirinya untuk terus kekal istiqamah.
“Menurut seorang ustaz, apabila iman sedikit lemah, perbanyakkan selawat. Katanya kalau 500 sehari pun tak mencukupi, harus 1000 kali berselawat atau lebih.
“Jadi perkongsian itu memang sangat membantu saya sendiri. Jadi saya kongsikan untuk kebaikan bersama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Izara menyatakan dia kini lebih selektif memilih soal kerjaya lakonan berbanding sebelum ini.
Ujarnya, dia perlu berbuat demikian dengan meletakkan syarat bertepatan dengan imej dan statusnya kini.
Ini kerana dia enggan pihak penerbit atau mana-mana pengarah jemu dengan permintaan yang diletakkan olehnya.
“Rasanya semua sedia maklum yang saya memang tegas dengan apa yang saya mahukan. Jadi apabila sudah bertudung lebih ‘strict’ berbanding sebelum ini.
“Contohnya seperti adegan atau babak dalam bilik saya tidak selesa untuk lakonkan. Malah, saya juga berpendapat tak logik jika adegan di rumah dengan imej bertudung.
“Sebabnya jika kita di rumah kita tidak bertudung. Jadi mungkin sebab-sebab ini yang membuatkan saya sudah lama tidak berlakon. Mungkin syarat-syarat yang dikenakan juga membuatkan ramai pihak ‘rimas’,” kata Izara lagi.
Sumber: Harian Metro (Zaara Talita)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source