Abang Tesla suarakan pendapat isu Marissa & Aslam
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla suarakan pendapat isu Marissa & Aslam yang hadir dalam sebuah sesi penggambaran bersama Umisya Mazlan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry berkata Aslam tidak sepatutnya membiarkan isteri pertama bersendirian.
@abg.tesla Pendapat Kak maj tentang isu marisa dan aslam 😅 #abgtesla #sambalikanbiliskakmajberapi #fyp
“Saya malas nak cakap banyak tapi kalau tengok isteri pertama dia pergi penggambaran tu seorang?
“Saya rasa tak patutlah. Sebab itulah, dulu saya pernah cakap isteri pertama untuk dihargai. Saya hargai isteri saya,” katanya.
Artikel berkaitan: Abby Abadi titip pesan buat Marissa – “Kalau perlukan mama, baliklah”
Dalam pada itu, Abang Tesla juga menyatakan dia berpendapat bahawa pempengaruh media sosial Alif Teega lebih baik berbanding Aslam.
Abang Tesla suarakan pendapat isu Marissa & Aslam
“Tapi bagi saya, Alif Teega lebih baik lah. Saya pun lagi baik,” selorohnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpihak kepada Abang Tesla dan berpendapat usahawan itu seorang yang matang.
Baru sedar Abang Tesla ni matang
Abang Tesla ni mampu…
Sekurang-kurangnya dia tak kahwin sembunyi
Abang Tesla dah kaya sebelum kahwin dua
Abang Tesla je yang cuba bahagiakn dua-dua isteri
Selain itu, ramai juga warga maya yang memuji Abang Tesla kerana dia bijak menjaga hati isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari.
Respect Abang Tesla, jaga hati kak Maj
Ramai dah sokong Abang Tesla
Nampak Abang Tesla sayang kak Maj
Abang Tesla suarakan pendapat isu Marissa & Aslam
Terdahulu, tular video memaparkan Marissa dan Aslam menjadi model kepada sebuah jenama pakaian yang mana mereka mempromosikan pakaian raya.
Namun apa yang menyakitkan hati warganet, pihak jenama pakaian itu turut menjadikan isteri pertama Aslam iaitu Umisya sebagai model bagi pakaian yang sama.
Tidak cukup dengan itu, jenama pakaian itu tidak menyatakan penggambaran Umisya dijalankan bersama dengan penggambaran Marissa dan Aslam.
Disebabkan itu, para netizen mengecam hebat tindakan jenama pakaian itu kerana mereka seakan-akan tidak memahami sensitiviti orang lain.
Sumber: TikTok Abang Tesla
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source