Ruhainies & Aliff Aziz mohon maaf, dakwa situasi sebenar ditokok tambah
Pelakon Aliff Aziz dan rakan gandingan, Ruhainies mohon maaf berhubung dakwaan ditangkap khalwat di ibu negara, awal pagi Sabtu.
Aliff Aziz mohon maaf, dakwa situasi sebenar ditokok tambah
Melalui hantaran Instagram Story (IG Story), pemilik nama Mohammad Aliff Aziz mendakwa laporan dia dan Ruhainies ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditokok tambah.
Ujar pelakon yang juga penyanyi berusia 33 tahun, terlalu banyak spekulasi mengenai kejadian tersebut tercetus berbanding cerita sebenar,
“Assalamualaikum kepada semua. Berdasarkan situasi yang berlaku, semalam, terlalu banyak spekulasi dan laporan yang tidak tepat mengenainya.
“Tetapi, saya faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah,”katanya.
Tidak berdiam diri, Aliff Aziz berkata dia akan tampil memberikan keterangan mengenai situasi sebenar yang berlaku pada malam tersebut bagi mengelakkan lebih banyak salah faham atas apa yang berlaku.
Suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astilah juga menegaskan, penjelasan yang bakal dibuat bukanlah sebagai cubaaan untuk menegakkan benang yang basah, sebaliknya berkongsi perkara sebenar,
“Bukan ingin menegakkan benang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar… Insya-Allah.
“Selebihnya, saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti, sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua… Insya-Allah,” tegasnya.
Ruhainies mohon maaf, harap spekulasi bersama Aliff Aziz dihentikan
Sementara itu, Ruhainies turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden menimpa mereka itu di IGs, malam tadi.
Entri tersebut dimuat naik beberapa minit selepas Aliff berkongsi luahannya di IG Story dengan menyatakan dia kesal dengan kejadian tersebut.
Ruhainies atau nama penuh, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia akan memberikan kenyataan tidak lama lagi bagi mengelak kekeliruan dan salah faham.
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun itu meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian itu.
“Bagi menjawab segala spekulasi atas apa yang sedang diperkatakan di semua platform media sosial, saya dengan rendah diri ingin menyatakan di sini, ada beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tersebar.
“Bagaimanapun, saya ingin memohon maaf kepada semua atas apa yang terjadi. Saya juga berharap spekulasi in dapat dihentikan sehingga saya memberi kenyataan bagi mengelak kekeliruan dan salah faham… Insya-Allah,” katanya.
Artikel lain: Hadir ke pejabat agama, Bella Astillah nangis teresak-esak ditanya tentang suami
Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti lelaki yang pernah bercerai namun rujuk semula dengan isterinya didakwa telah ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita popular yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal di sebuah kondominium.
Tangkapan tersebut dibuat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam. Menurutnya, pasangan selebriti yang sedang sibuk menjalani penggambaran drama, ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Bahkan berita tangkap tersebut turut disahkan oleh adik ipar kepada selebriti lelaki berkenaan dan penguat kuasa Jawi terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas suspek enggan membuka pintu unit berkenaan.
Bagaimanapun, pasangan itu terpaksa akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.
Sumber: Instagram @iamaliffaziz, @ruhainies7
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source