Tiada lagi peluang! A. Aida dah ‘blacklist’ Ruhainies, cari pelakon wanita lain
Datuk A. Aida menyatakan dia sudah masukkan nama pelakon genit Ruhainies dalam senarai hitam (blacklist) bagi membintangi mana-mana drama terbitannya.
A. Aida blacklist Ruhainies!
Tegas pengarah dan penerbit itu, dia enggan lagi bekerjasama dengan aktres berkenaan susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan rakan pelakon, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
A. Aida berkata dia tidak mahu isu hangat tersebut mendatangkan kesan kepada karya terbitan syarikat miliknya.
“Saya tidak mahu ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku, saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telefilem terbitan saya,”ujarnya.
Sebak, artis kesayangan buat perangai
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa kesal apabila artis kesayangannya itu mencetuskan kontroversi seperti yang sedang hangat menjadi bualan.
Dia juga sebak apabila mengenangkan nasib seseorang selebriti kerana ditimpa ujian yang tidak putus-putus.
“Yang paling ku geram, artis yang seekor (Ruhainies) tu tak ada orang lain ke nak mengurat.
“Maaf, artis yang pernah menjadi kesayanganku tidak akan ada peluang lagi untukmu,”tegasnya dalam sebuah hantaran di Instagram, hari ini.
Artikel lain: Dua pelakon ditangkap khalwat bukan gimik promosi drama – Menteri Agama
Berhak buang nama!
Kongsi A. Aida, Ruhainies sepatutnya bakal memulakan penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham Untuk Nian pada April.
Bagaimanapun, dia bersama pasukan telah bersetuju untuk mencari pelakon wanita lain bagi menggantikan watak utama telefilem tersebut.
“Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun, saya penerbit berhak untuk membuang namanya.
“Bagi saya, isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telefilem itu nanti,”katanya.
Bukan sahaja Ruhainies, malah mana-mana selebriti sahaja akan masuk dalam senarai hitam bagi membintangi sebarang karya terbitan syarikatnya.
Baginya, tindakan tersebut merupakan pengajaran buat anak seni di luar sana agar tidak terlibat dengan kontroversi yang mencemarkan nama baik industri.
Sementara itu, penerbit berusia 53 tahun berkata tindakan tersebut juga dibuat bagi menjaga hubungan baik dengan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
“Saya pun baik dengan Bella. Jadi, rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu ini berlaku melibatkan mereka semua,”maklumnya.
Sumber: Instagram a_aidaproduction
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source