KURMA ‘Butter’ Satu Sunah Nabi SAW, Dr Zulkifli Saran Ambil Berbuka Puasa
Eh??? Ninja tu wujud ke? Bukan dalam filem je ke? Korang rasa macam mana? Yang min tahu ninja ni Ninja Turtle je la. Susah nak cakap kesahihan tentang kewujudan ninja di dunia ni terutama di Jepun tetapi hakikatnya ninja itu wujud yer.
Nama ninja sangat sinonim dengan Jepun. Sebenarnya ninja bukan fiksyen semata-mata dan mereka ini suatu ketika dahulu merupakan barisan pertahanan dinasti di Jepun suatu ketika dahulu. Malah, sehingga hari ini terdapat beberapa ninja sebenar di Jepun.
Ninja, atau lebih dikenali sebagai Shinobi di Nippon (baca : Jepun) merupakan tentera upahan yang mahir dalam kerja risikan, sabotaj dan membunuh secara senyap.
Guess what guys….
Baru-baru ini, Jepun telah menghasilkan lulusan pengajian ninja pertamanya selepas Genichi Mitsuhashi menghabiskan dua tahun mengasah kemahiran seni pertahanan diri dan tradisi berseni agen pertahanan era feudal itu.
Graduan berusia 45 tahun itu menamatkan sarjananya di Universiti Mie, tengah Jepun, daerah yang dianggap sebagai wilayah ninja.
Selain meneliti dokumen sejarah, Mitsuhashi berkata, dia turut mengambil aspek praktikal untuk menjadi ninja.
“Saya ada membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang.
“Oleh itu, saya turut menanam sayur-sayuran dan mengusahakan teknik seni mempertahankan diri selain banyak mempelajari mengenai ninja di dalam kelas
“Dengan gabungan ini, saya fikir saya dapat belajar tentang ninja yang sebenarnya,” katanya.
Profesor Fakulti Kemanusiaan universiti itu yang terkenal dengan penyelidikannya mengenai ejen penyamar era Feudal, Yuji Yamada, 53, berkata, Genichi menjadi contoh dan ikutan buat penuntut yang berjaya menamatkan kursus ninja itu.
Selain itu, Mitsuhashi yang turut mempelajari kung fu dan seni mempertahankan diri Jepun yang dikenali sebagai Shorinji Kempo, sejak dibangku sekolah menengah turut mengajar kemahiran ninja itu kepada orang lain dan menjalankan perniagaan penginapan tempatan sambil melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).
Universiti Mie mengambil pendekatan serius dalam kajian ninja dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Ninja Antarabangsa pada 2017 dan mula menawarkan kursus seni pertahanan diri itu bermula April 2018.
Ia terletak di Iga, 350 kilometer (220 batu) barat daya Tokyo dan merupakan sebuah kota yang dikelilingi gunung yang dipercayai pernah menjadi rumah bagi banyak ninja.
Genichi yang membantu perniagaan keluarganya sebagai penyelenggaraan bangunan di Osaka, pindah ke wilayah Iga ada musim bunga 2018, di mana dia bertekad untuk mempelajari ninja dan melakukan pertanian kampung di pergunungan.
Dia mendaftar di universiti tersebut dan membeli sebuah rumah kayu dua tingkat di mana dia menanam padi dan sayur di ladang untuk kegunaannya sendiri. Dia juga membaiki sebuah gudang untuk dijadikan ‘dojo’ dan mengajar teknik ninja serta kemahiran bertempur.
Untuk mendaftar pengajian tersebut, pelajar harus mengambil peperiksaan sejarah Jepun dan ujian membaca dokumen sejarah ninja.
“Kira-kira tiga pelajar mendaftar setiap tahun. Saya rasa ada permintaan,” kata profesor itu.
“Kami mendapat banyak pertanyaan dari luar negara tetapi saya harus mengatakan satu perkara; Ini adalah kursus untuk belajar mengenai ninja, bukan untuk menjadinya.”
Untuk info, Ninja merupakan antara salah satu seni bela diri yang paling tua di negara matahari terbit iaitu Jepun. Ia dikesan wujud sekitar tahun 722 AD iaitu pada Zaman Nara di era Jepun klasik.
So kita bila nak buat jurusan persilatan, ha kan boleh naikkan seni pertahankan diri kita sendiri.
Sumber: Japan Times
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source