Istimewa buat isteri, suami jahit sendiri telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski
Demi menghargai isteri tercinta, seorang suami sanggup jahit telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski dengan hasil perbelanjaan sebanyak RM12,000.
Suami buat kejutan, jahit sendiri telekung
Dia yang dikenali Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 32, berkata dia jahit sendiri telekung berkenaan daripada awal hingga akhir.
Menurutnya, pemberian pada kali ini sedikit berbeza berbanding sebelum ini kerana mahu menghadiahkan sesuatu yang memberikan manfaat untuk jangka masa panjang.
Kongsinya, dia mengambil masa seminggu untuk menyiapkan telekung tersebut.
Menerusi video tular dimuat naik di platform TikTok, jelas kelihatan dia sedang menjahit telekung berkenaan bagi memberi kejutan buat isteri, Fatin Syazwani Ishak, 26.
“Kali ni abang jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abang yang tersayang. Modal bernilai RM12,000 bertahtahkan batu kristal Swarovski asli
“Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.
“Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung,”katanya.
Isteri teringin nak pakai tapi tak meminta
Kongsi Syed Muhammad Hasif, sebelum ini isterinya ada menyatakan keinginan untuk memiliki telekung seperti seorang pengasas, namun tidak bersungguh meminta.
“Dia kata, kalau suatu hari nanti ada rezeki teringin nak merasa pakai telekung macam tu. Tapi isteri saya tak meminta pun.
“Masing-masing (pengikut) yang mengikuti kami pun sedia maklum, isteri saya bukan sejenis meminta dan jenis mengikut suami sahaja.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source