KKM nasihat, elak pengambilan kurma ‘butter’ secara berlebihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati kepada orang ramai supaya tidak mengambil makanan tular kurma bersama butter secara berlebihan kerana ia mengundang bahaya kepada tubuh badan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik KKM di laman Facebook, pihaknya menjelaskan bahawa mentega mengandungi lemak tepu dan kalori yang tinggi.
Jelasnya, jika hidangan tersebut diambil dalam kuantiti yang banyak, ia boleh mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan terhadap kesihatan seseorang.
“Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.
“Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter bersamaan esenduk nasi. Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan,” katanya.
Semalam, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan agar orang ramai terutamanya yang beragama Islam makan kurma bersama butter ketika berbuka puasa.
Katanya, kurma kering dimakan bersama butter merupakan makanan kesukaan Nabi Muhammad SAW.
Sebelum ini juga, seorang pengamal kesihatan yang dikenali sebagai @dr1 share memaklumkan juadah itu tidak mendatangkan bahaya terhadap kesihatan jika tak diambil secara berlebihan.
Pun begitu, dia mengatakan individu tidak boleh mengambil makanan berunsurkan lemak tepu melebihi 10 peratus daripada kalori harian.
Sumber: Facebook @KKM
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source