Bayern Munich, Kelab Yang Dibenci Nazi
Bayern Munich ni sekarang mungkin boleh dianggap sebagai salah sebuah kelab terbesar di Jerman dan Eropah. Tapi dulu, kelab ni nyaris-nyaris dah nak pupus masa Nazi berkuasa ketika Perang Dunia Kedua.
Mantan Presiden Bayern masa tu, Kurt Landauer seorang Yahudi ni seorang anti-Nazi. Bila Nazi naik berkuasa di Jerman, Landauer ditangkap dan dihantar ke kem tahanan Dachau.
Disebabkan Landauer pernah berkhidmat untuk Jerman masa Perang Dunia Pertama, beliau dibebaskan dan lari ke Switzerland.
Bukan pemilik Bayern je yang berketurunan Yahudi. Ketua pasukan Bayern masa itu, Richard Kohn pun seorang Yahudi.
Dan sama macam presiden kelab, beliau tinggalkan Bayern dan berhijrah ke Sepanyol dan kemudian ke Switzerland.
Bayern masih lagi kekalkan presiden diorang dan menyatakan Landauer masih jadi pengurus kelab.
Ada satu ketika masa Bayern datang ke Switzerland untuk aksi perlawanan persahabatan di mana Bayern akhirnya bertemu semula dengan Presiden Landauer.
Pemain-pemain datang kepadanya dan bersorak selama beberapa minit. Pemain-pemain berhenti bersorak bila polis Gestapo ancam diorang.
Disebabkan kejadian tersebut, Nazi bertindak balas dengan membiayai pasukan rival Bayern iaitu TSV 1860 Munich.
TSV 1860 Munich dapat kem latihan dan kemudahan tiptop bila pemain-pemain diorang berkhidmat dalam tentera.
Sementara tu, macam-macam bala yang menimpa Bayern sampai kelab terpaksa pecat beberapa pemainnya yang berketurunan Yahudi.
Lepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Kurt Landauer kembali ke Munich dan dipilih semula menjadi presiden kelab untuk kali ketiga pada tahun 1947. Beliau mengakhiri tempoh tugasnya pada tahun 1951.
FC Bayern Munich meneruskan permainan hanya enam minggu selepas Nazi menyerah kalah, logo Bayern yang guna swastika ketika perang dikeluarkan dan diubah semula mengikut logo asal sebelum perang.
Sepuluh tahun kemudian, Kurt Landauer pergi buat selamanya pada usia 77 tahun. Hingga hari ini, Kurt Landauer dipuja di Bayern bersama nama-nama legenda Bayern yang terkenal seperti Franz Beckenbauer dan Wilhelm Neudecker.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tak sangka yang Bayern Munich ni ada sejarah dengan orang Yahudi. Nak tau macam mana Yahudi boleh sampai ke Eropah? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
https://shope.ee/VihgCs81J
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source