Tanda tanya terjawab! Mawar Rashid ke Brunei hantar ibu naik pelamin
Pelakon cantik, Mawar Rashid ke Brunei hantar ibu naik pelamin rupanya susulan dakwaan mengatakan dia yang menamatkan status jandanya dengan jejaka asal negara jiran itu.
Tak sangka akan merasa kehadiran ayah
Menerusi hantaran terbaru Mawar Rashid di media sosial miliknya, dia meluahkan rasa syukur dan tidak sangka dengan jodoh ibunya selepas lama hidup sendiri apabila kembali bergelar isteri dengan lelaki asal sana.
“Mawar tak pernah sangka yang Mawar akan merasa kehadiran seorang ayah.
Siapa sangka dari kenalan lama di Brunei bertemu jodoh hanya dari satu msg ’lama tak jumpa’ dari posting Prince Mateen kahwin dan babah in that video,” tulisnya.
Mawar Rashid ke Brunei hantar ibu yang bakal menetap di sana
Walaupun sangat gembira melihat ibunya berbahagia dengan suami baru, namun dia mengakui sedikit sedih apabila perlu menerima hakikat bahawa wanita itu akan menetap di Brunei selepas ini.
“Sedikit berat untuk menerima yang mumy akan tinggal di Brunei, tapi mumy berhak untuk berbahagia sepanjang hayatnya.
“Untuk keluarga baru dari Brunei, selamat datang ke dalam keluarga kami. Sayang anda semua selamanya,” ujar Mawar lagi.
Artikel lain: “Hot nya adik saya, saya bangga” -Komen abang Mawar Rashid diselar netizen
Perkongsian tersebut sekali gus menjelaskan tanda tanya sebelum ini apabila ramai yang menyangka dia kembali berumah tangga selepas berpisah dengan Raff Yaakob pada November lalu.
Hal ini susulan perkongsiannya yang menunjukkan lukisan inai di tangan sebelum mengambil keputusan memandam hantaran tersebut beberapa minit setelah dimuat naik.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source