Bangsa-Wan, Dari Mana Asal Usul Keturunan Wan?
Korang mesti ada member atau cikgu-cikgu yang ada nama pangkal Wan kan? Biasanya mesti keturunan diorang berasal dari Kelantan, tak pun Kedah.
Sebenarnya dari mana asal usul keturunan Wan ni?
Kita cuba tengok dari mana datang keturunan Wan yang ada di setiap negeri. Kajian terawal pada tahun 1940 menyatakan keturunan Wan ni berasal dari bangsawan Kesultanan Kelantan.
Keturunan Wan amat rapat dengan sejarah Kemboja dan Vietnam yang merupakan bekas wilayah kerajaan beraja Melayu Indo-China seperti Funan, Chenla dan Champa yang diasaskan oleh Wangsa Warman.
Wangsa Warman juga memerintah sebuah kerajaan persekutuan Melayu kuno Langkasuka sejak 200M dan dibangunkan semula semasa pemerintahan Raja Merong Mahawangsa pada 630M. Namun serangan Sriwijaya pada 683M mengakhiri persekutuan empayar tersebut.
Pengislaman Pattani pada abad ke-12 menyebabkan asimilasi melalui perkahwinan di antara keturunan para pendakwah Islam dengan bangsawan Warman tempatan yang akhirnya melahirkan generasi baharu bangsawan bergelar Wan.
Golongan ni kemudiannya terbahagi kepada dua kelompok iaitu seseorang memiliki nama pangkal Che Wan yang berhak menjadi raja pemerintah manakala seseorang yang bergelar Wan yang terlupus hak tersebut dan menjadi golongan bangsawan yang berjawatan sehingga berakhirnya kesultanan Pattani.
Menurut kajian Professor Tan Chee Beng pada 1991, pangkal nama ‘Wan’ dan ‘Nie’ berasal dari China diwarisi sejak dinasti Ming (1368-1644) dari kaum Cina-Muslim berketurunan Hui Hui.
Kemudian mereka berasimilasi dengan masyarakat Melayu di negeri-negeri pantai timur dikenali sebagai Melayu-Yunan yang mewujudkan keturunan Wan dan Nik. Mungkin sebab ni jugak la orang-orang Kelantan come lote.
Kalau keturunan Wan dari Terengganu, ianya berasal dari perkahwinan campur nakhoda Champa, Raja Bugis dan Puteri Laksamana Johor yang menurunkan jurai Wan di Terengganu. Antaranya ialah Tok Sheikh Duyong, Wan Abdullah bin Wan Mohammad Amin.
Keturunan Wan di Terengganu ni juga berasal dari bangsawan dan ulama Pattani yang berhijrah selepas serangan Siam pada 1780an.
Keturunan Wan di Pahang muncul melalui jurai Bendahara Wan Ahmad yang mengasaskan kesultanan Pahang moden. Bendahara Wan Ahmad ni berasal dari susur galur kesultanan Johor-Riau.
Keturunan Wan di Perak bermula sekitar 1750-an apabila seorang bangsawan dari Legeh, Wan Agas bin Tun Bija Diraja ll memajukan hulu Perak.
Kawasan hulu Perak jadi tumpuan para penghijrah bangsawan kesultanan Patani yang tukar gelaran pangkal nama dari Raja kepada Wan Seri manakala Wan Kasa bagi hulubalangnya.
Apabila Reman diserahkan kepada Siam pada 1899, semakin ramai rakyat Patani, Reman dan Nongchik berhijrah ke Perak dan Kedah.
Keturunan Wan di hilir Perak bermula dari perkahwinan para pendekar Kedah selepas Perang Kedah-Perak pada 1818.
Keturunan Wan di Kedah datang dari jurai keturunan Bendahara, Laksamana dan Temenggung Kedah yang dah lama diwarisi.
Tapi legasi bangsawan keturunan Wan terhenti dalam istana Kedah selepas Wan Ismail bersara sebagai Laksamana Kedah pada 1882, kematian Perdana Menteri Wan Muhammad Saman pada 1897 dan Permaisuri Wan Hajar pada 1905.
Sejak Kedah mengikut corak pemerintahan Inggeris selepas perjanjian pada 1905, 1909 dan 1923, jawatan-jawatan utama negeri diambil alih oleh putra-putra raja serta kaum kerabat Sultan Abdul Hamid Shah berpangkat Tunku menggantikan kedudukan kerabat-kerabat Wan.
Oleh: Azizul Farhan
___
KITAB TAMADUN MELAYU II bakal bawa korang kenal Kesultanan Melayu Kedah dan banyak lagi kerajaan lain yang pernah atau masih wujud sehingga hari ini!
Serius seronok kalau korang dapat tahu betapa hebatnya orang Melayu ni dulu!
https://shope.ee/6zw5WznX8B
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source