Sayangkan persahabatan, Ruhainies harap Aliff Aziz & Bella Astillah tidak berpisah
Pelakon terkenal, Ruhainies harap Aliff Aziz & Bella Astillah tidak berpisah susulan kontroversi yang melanda mereka bertiga sejak seminggu ini.
Menerusi perkongsian pelakon tersebut selepas tular berita dakwaan dia ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz, dia memohon maaf atas kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan.
Beri penjelasan lewat sebab sibuk shooting
Ujarnya, dia dan Aliff hanyalah rakan biasa dan tujuan aktor berkenaan ke rumahnya pada malam tersebut adalah disebabkan jemputan makan bersama dengan keluarga yang sudah dikenali lebih 10 tahun.
Namun begitu, kelewatan kakaknya tiba ke rumah disebabkan kesesakan lalu lintas telah menyebabkan salah faham susulan pintu rumah diketuk dan didapati bukan Risteena yang berada di hadapan pintu.
Ruhainies harap Aliff Aziz-Bella tak pisah: “Ingat kakak yang sampai”
Disebabkan itu, dia tidak membuka pintu atas faktor keselamatan dan menghubungi kakaknya. Tidak lama selepas itu, apabila ahli keluarga tiba, mereka memaklumkan orang ramai yang didepan rumah adalah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sayangkan persahabatan, Ruhainies harap Aliff Aziz-Bella tak pisah
Walau bagaimanapun, Ruhainies mengaku silap kerana tindakannya bersama Aliff menimbulkan syak wasangka terhadap orang ramai lebih-lebih lagi kepada Bella Astillah.
Masih menyayangkan hubungan persahabatan dengan Bella, Ruhainies harap Aliff Aziz dan Bella tidak berpisah serta sedia bertemu Bella untuk berbincang.
Artikel lain: Tiada kata maaf daripada Ruhainies, Bella Astillah anggap penceraian hadiah hari jadi
Tak paksa sesiapa percaya
Ujar pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia berharap kenyataan rasmi yang dikeluarkan ini tidak diprovokasikan dan sedar tidak dapat memaksa sesiapa untuk mempercayainya.
Namun, apa yang ingin disampaikan adalah untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku pada malam tersebut sebelum berita tentang dirinya dan Aliff mengemparkan industri hiburan.
Terdahulu, pihak JAWI mengesahkan bahawa dua orang selebriti telah ditangkap basah oleh pihak mereka di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut mengiyakan bahawa abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang ditahan dan wanita bersamanya adalah Ruhainies.
Susulan isu tersebut, Bella telah menfailkan tuntutan cerai kepada aktor asal Singapura itu memandangkan sudah berkali-kali memberi peluang terhadap suaminya.
Sumber: Instagram Ruhainies
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source