Abby Abadi sayu luah tentang anak, netizen selar Marissa -“Tergamak buat ibu menangis”
Susulan temu bual yang menceritakan serba sedikit kronologi pernikahan anaknya, Abby abadi sayu luah tentang anak di Instagram dengan mengatakan dirinya cukup terkesan dengan kontroversi terbabit.
Menurut Abby Abadi, dia meminta agar mereka yang menonton temu bual tersebut mendengar sajalah luahan hatinya sebagai seorang ibu yang cukup sedih dan sayu diatas apa yang berlaku.
Sangat terkesan dengan apa yang berlaku
Ujar pelakon drama bersiri Gerak Khas itu, sebagai seorang ibu, sudah tentu dia cukup terpukul dengan apa yang terjadi kerana anaknya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang telah bertindak sedemikian.
“Sejujurnya saya sangat-sangat terkesan dengan apa yang berlaku pada anak saya Marissa Dania Hakim. Saya yang melahirkan, saya yang membesarkan, 3 anak-anak duduk dengan saya dari mula, saya sediakan tempat tinggal, makan minum segala.
“Gigih cari rezeki nak anak-anak semua selesa. Hidup berangan macam orangg kaya, dapat belajar elok-elok, makan sedap-sedap.
Bila tiba-tiba jadi mcm ni, ya ALLAH.. macam mana saya nak buat mcm takde apa-apa berlaku?” tulisnya.
Abby Abadi sayu luah tentang anak, dah sedia macam2 untuk besarkannya
Abby Abadi juga memohon maaf andai dia ada tersalah kata atau tersilap bicara memandangkan sudah cuba bersabar dengan segala ujian kerana sedar dia hanyalah seorang hamba.
Menurutnya, panjang lagi yang ingin diluahkan namun memilih untuk berkongsi apa yang perlu sahaja dan berharap orang ramai tidak menghakiminya.
Dia juga meminta maaf andai luahan tersebut menyeret beberapa pihak secara langsung ataupun tidak.
Abby Abadi sayu luah tentang anak, tiada ibu yang tak sedih
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyelar tindakan Marissa apabila membelakangkan keluarga terutama ibunya demi cinta terhadap suami orang.
Mereka juga sedih apabila remaja berusia 19 tahun itu tergamak membuat ibunya menangis sedangkan dia nampak bagaimana wanita itu bersusah payah membesarkan serta menyediakan pelbagai kemudahan untuknya sehingga dewasa.
Anak2 buat hal, ibu yang kena hadap
Suatu hari nanti Marissa akan rasa apa yang ibunya rasa
Kita baca pun sedih
Tergamak buat mak awak menangis
Artikel lain: CCTV jadi petunjuk, Abby Abadi akui Marissa-Aslam nikah di Thailand
Terdahulu, menerusi temu bual tersebut pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan mengakui bahawa anaknya telah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam di Thailand.
Sijil nikah mereka juga ada padanya namun tidak dapat mengesahkan sama ada pasangan tersebut telah mendaftarnya di Malaysia atau belum.
Dia juga pasrah jika kehidupan bermadu adalah pilihan Marissa.
Sumber: Instagram mamayebbyabadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source