Ibu rayu Dhia Batrisyia pulang, rela ganti nyawa asal anak kembali
Dilaporkan hilang sejak awal Ramadan, ibu rayu Dhia Batrisyia pulang agar dapat menemui adiknya yang begitu akrab dengan kanak-kanak terbabit.
Menerusi luahan ibu kepada Dhia Batrisyia, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, dia merayu agar anak sulungnya yang berusia 12 tahun untuk kembali ke rumah menemui dirinya serta adik tersayang.
“Semua sayangkan Dhia sangat2”
Melalui posting yang di buat di TikTok, Syarifah Rosfazila menyatakan yang dirinya sanggup untuk menggantikan nyawa sendiri asalkan Dhia pulang ke pangkuan keluarga lebih-lebih lagi adiknya yang begitu rapat dengan kanak-kanak tersebut.
“Dhia.. kami semua sayangkan you sangat2. Kalau perlu ditukar ganti dengan nyawa I sekalipun I sanggup nak. Balik la, kesian adik sorang-sorang,” tulisnya ibunya.
@anggerikhutanlicious dhia.. kami semua sygkn u sgt2. klu perlu ditukar ganti dgn nyawa i sekalipun i sanggup nak. balik la, sian adik sorang2. #budakhilang #viral #selangor #kl #ampang #anggerikhutanlicious #2024 #dhia #sebarkan #onthisday #love
♬ original sound – anggerikhutanlicious – anggerikhutanlicious
Ibu rayu Dhia Batrisyia pulang, adik selalu tanya sampai tak makan
Dalam pada itu, ibu rayu Dhia Batrisyia pulang kerana tahu anaknya kuat dan berharap dia segera kembali memandangkan ramai yang menyayangi serta mencarinya.
Syarifah Rosfazila turut mengatakan yang dia rindu masakan anaknya dan menunggu kepulangan kanak-kanak tersebut untuk merasai masakan itu.
Ibu rayu Dhia Batrisyia pulang, risau jika ikut orang tak dikenali
Terdahulu, Dhia Batrisyia dilaporkan keluar dari rumah di Pudu sebelum tidak dapat dikesan susulan berselisih faham dengan keluarga.
Perselisihan faham itu berlaku apabila ibunya menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.
Artikel lain: “Semoga ada keajaiban..”- Wanita mohon doa, adik ipar lemas & tiga anak saudara masih hilang
Lima individu telah diambil keterangan
Memetik laporan dari Kosmo! seramai lima individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak terbabit.
“Lima sudah dirakam keterangan iaitu melibatkan ahli keluarga serta rakan. Bagaimanapun, setakat ini belum ada perkembangan,” katanya Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya.
Ibu kepada Dhia telah mencari anaknya ke rumah rakan-rakan namun semuanya tidak tahu kemana dia berada.
Lebih membimbangkan, rakan kepada kanak-kanak terbabit memberitahu yang terlihat Dhia mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali didakwa dikenali melalui media sosial.
Sumber: TikTok anggerikhutanlicious, Facebook Ifa Iza Smf, Kosmo! (Tuan Nurhidayah Tuan Ab. Ghani)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source