Abby Abadi sedih anak diselar netizen, sekadar kongsi jelaskan keadaan sebenar
Selebriti dan usahawan, Abby Abadi akui sedih selepas dia berkongsi serba sedikit kronologi pernikahan Marissa Dania Hakim sehingga anaknya diselar netizen.
Abby Abadi hanya kongsi sikit
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiayh Abdul Manan berkata, dia hanya mahu memaklumkan situasi sebenar mengenai kisah hangat melibatkan anaknya dalam satu sesi temu bual bersama program Gempak, baru-baru ini.
Menurut Abby, dia meminta ramai untuk memahami keseluruhan temu bual sebelum menghakimi.
“Saya terima jemputan untuk perbaiki keadaan, untuk menjelaskan, untuk bagi faham. Sesetengah orang Malaysia ni, bila diam sibuk nak tahu.
“Bila bercerita, kata macam-macam pula. Dah pengacara (Sean Lee) tanya, macam mana tahu pasal Thailanad tu. Saya ceritalah point-point dia. Tak adalah cerita segala,”ujarnya di Instagram Story semalam.
Dengar dulu, Abby Abadi hanya mahu selesaikan kemelut
Selebriti berusia 46 tahun itu meminta orang ramai agar mendengar keseluruhan temu bual terlebih dahulu sebelum mereka cerita yang tidak benar.
Sebagai ibu, dia pastinya mahu yang terbaik buat anak-anak dan sudah menjalankan tanggungjawab menjaga sebaik mungkin.
“Tapi, anak itu yang diluar jangkaan. Dengar dulu keseluruhan podcast tu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak saya.
“Takkan saya terima untuk ditemuramah semata-mata untuk memburukkan keadaan. Dengar dulu. Kalau astro tak kuarkan point-point penting, saya akan minta dan akan keluarkan sendiri,” luahnya.
Jelas bekas anggota kumpulan Elite, tujuannya untuk tampil berkongsi adalah sekadar mahu menyelasaikan kemelut yang berlaku pada ketika ini.
Tegas Abby, Marissa adalah dibawah tanggungjawabnya dan segala masalah yang berlaku itu tidak seharusnya melibatkan orang luar.
Sebelum ini, pelakon drama bersiri Gerak Khas berkata, sebagai seorang ibu, sudah tentu dia cukup terpukul dengan apa yang terjadi kerana anaknya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang telah bertindak sedemikian.
Abby Abadi juga memohon maaf andai dia ada tersalah kata atau tersilap bicara memandangkan sudah cuba bersabar dengan segala ujian kerana sedar dia hanyalah seorang hamba.
Menurutnya, panjang lagi yang ingin diluahkan namun memilih untuk berkongsi apa yang perlu sahaja dan berharap orang ramai tidak menghakiminya.
Dia juga meminta maaf andai luahan tersebut menyeret beberapa pihak secara langsung ataupun tidak.
Video penuh:
Artikel lain: Abby Abadi sayu luah tentang anak, netizen selar Marissa -“Tergamak buat ibu menangis”
Terdahulu, menerusi temu bual tersebut pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan mengakui bahawa anaknya telah bernikah dengan lelaki dikenali sebagai Aslam di Thailand.
Sijil nikah mereka juga ada padanya namun tidak dapat mengesahkan sama ada pasangan tersebut telah mendaftarnya di Malaysia atau belum.
Dia juga pasrah jika kehidupan bermadu adalah pilihan Marissa.
Sumber: Instagram @mamayebbyabadi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source