Tahniah! Caprice timang cahaya mata, isteri selamat bersalin
Penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kini bergelar bapa selepas isterinya, Farra Inalis selamat melahirkan zuriat pada hari ini.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Caprice atau lebih mesra disapa Cap dalam kalangan peminat dan pengikut di platform media sosial miliknya.
Menerusi hantaran penyanyi rap berusia 36 tahun, jelas kelihatan dia sedang memegang seorang bayi yang tidak dinyatakan jantina.
“March 17th, Lil Cappy dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew,”tulisnya ringkas.
Alhamdulillah, tahniah Caprice!
Perkongsian yang menerima lebih 10,000 tanda suka dan ribuan komen itu dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Caprice dan isteri atas kelahiran cahaya mata mereka.
Artikel lain: Meski banyak tekanan, Caprice teruja umum isteri hamil 5 bulan
Sebelum ini, pelatun lagu Takde Hal Bro itu memaklumkan impiannya untuk menimang cahaya mata yang sebelum ini tertangguh menjadi kenyataan selepas isterinya disahkan hamil lima bulan.
Kongsinya, dia bukanlah tidak mahu mencuba memiliki zuriat namun harus menangguhkan impian tersebut atas tekanan yang dihadapinya dari segi bisnes dan media sosial.
Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal anak satu, Farra Inalis pada 15 November 2021.
Sumber: Instagram @capricedaddycap
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source