Berkonsepkan Morroco’s Souk, rasai ‘Gaya Riang Raya’ bersama Sunway Pyramid
Berkonsepkan Morroco’s Souk atau pasar modern, pusat beli belah Sunway Pyramid ‘confirm’ dapat memeriahkan ibadah puasa dan sambutan Hari Raya anda dengan tema Gaya Riang Raya!
Dengan hiasan yang unik dan menarik, anda bakal disambut dengan gerbang dengan reka bentuk Moor yang dihiasi pelbagai warna.
Sunway Pyramid bawakan Gaya Riang Raya kepada anda!
Haa sebaik saja masuk ke dalam, anda pasti akan terpukau dengan warna-warni yang menghiasi dinding pusat beli belah tersebut. Ceria je rasa!
Tumbuh-tumbuhan ikonik padang pasir seperti pohon palma dan tumbuhan lain juga menghidupkan suasana pusat sekali gus memberikan anda pengalaman seakan-akan berada di Timur Tengah. Habibi ya Muhammad~
Bagi meraikan budaya unik Malaysia, pusat beli belah ini menampilkan kepelbagaian palet warna bagi menonjolkan lagi suasana gembira dan meriah saat menyambut perayaan.
Tak cukup dengan tu, sofa lantai berunsur Maghribi atau ‘bean bag’ majlis turut disediakan bagi memastikan para pengunjung boleh berehat sambil menikmati keindahan bangunan.
Kongsi pengalaman Gaya Riang Raya anda di media sosial!
Lebih menarik apabila kesemua hiasan ini sangat sesuai buat pengunjung yang mahu mengambil gambar kenang-kenangan dan dimuat naik ke media sosial.
Pada masa yang sama, pusat beli belah ini juga sediakan banyak platform interaktif untuk persembahan dan hiburan bagi pengunjung.
Anda jenis berseni orangnya? Jom bertemu dengan artis lokal, Nas Suha yang terkenal dengan karya mural, doodle dan ilustrasi menarik!
Gaya Riang Raya bersama artis lokal Nas Suha
Selain kehadiran Nas Suha, ia juga menyediakan Bengkel Seni dan Kraf pada hujung minggu tau! Bolehlah ajak pasangan dan anak-anak untuk luangkan masa dan buat aktiviti bersama di sini!
Jangan risau, anda boleh terus berbuka puasa di Supamala, Restoran Szechuan Hotpot yang pertama diperakui halal di Malaysia.
Artikel lain: PTPTN tawar insentif diskaun bayaran balik pinjaman sebelum 31 Mac 2024
Selain daripada aktiviti-aktiviti disediakan, pusat beli belah ini turut tawarkan peluang untuk tebus hadiah buat orang ramai. Siapa nak bagi percuma wehh!
Kalau berbelanja sebanyak RM350 atau RM250 bagi pemegang kredit kad AEON dalam dua resit, anda berpeluang untuk menebus Gaya Raya Packet Set.
Rasai Gaya Riang Raya bersama yang tersayang
Bagi mana-mana pengunjung yang berbelanja sebanyak RM1,200 atau RM1,100 bagi pemegang kad kredit AEON dalam dua resit, anda boleh menebus sebuah Glass Canister set.
Anda juga boleh mendapatkan Getha Travel Kit dengan berbelanja sebanyak RM5,000 atau RM4,900 bagi pemegang kad kredit AEON dalam dua resit.
Tunggu apa lagi? Ayuh ramai-ramai datang ke pusat beli belah Sunway Pyramid dan rasai keunikan hari raya bersama orang tersayang.
Untuk info lanjut, layari laman web pusat beli belah Sunway Pyramid. Dah datang nanti jangan lupa kongsi pengalaman di media sosial anda!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source