KKM tegur usahawan kendali makanan guna sarung tangan kuning
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tegur usahawan yang bertindak memakai sarung tangan berwarna kuning yang tidak sesuai digunakan dalam mengendalikan makanan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh KKM di laman X, pihaknya menjelaskan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) adalah paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
KKM tegur usahawan
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Artikel lain: Menu telur RM13 dikecam mahal, pemilik kedai pertahan harga – “Guna 3 biji telur & 15 bahan”
“KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.
“KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” ujar KKM.
KKM tegur usahawan
Macam mana usahawan ni boleh terfikir nak pakai sarung tangan tu?
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mempersoalkan tindakan usahawan tersebut memilih sarung tangan itu dalam menguruskan makanan.
Bukan itu sahaja, ada segelintir individu memberi saranan supaya pihak KKM mengeluarkan saman terhadap usahawan tersebut yang tidak mengikut standard piawaian mengendalikan makanan.
Pegawai kesihatan KKM sudah tegur di ruang komen
Malah, hasil tinjauan ke akaun TikTok @Dania Sedek mendapati terdapat seorang pegawai kesihatan KKM sudah menegur tindakan itu namun, dia telah diminta untuk datang menziarahi kilang usahawan tersebut.
Sumber: X @KKM
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source