Jauh dari isteri, lelaki kerja ‘offshore’ terkejut empat dari enam anak bukan zuriatnya
Siapa sangka pengorbanan seorang suami bekerja keras demi keluarganya dibalas dengan penipuan daripada isterinya sendiri?
Begitulah kisah seorang lelaki yang terpaksa menelan hakikat bahawa anak yang disaranya selama ini bukan darah dagingnya sendiri.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna berkongsi kisah bagaimana rakannya yang merupakan pekerja luar pesisir atau ‘offshore’ hanya mempunyai dua anak kandung walaupun menanggung enam cahaya mata selama ini.
Foto hiasan
“Kawan aku lagi win. Empat daripada enam anak dia adalah anak orang,” kata individu berkenaan.
Individu tersebut bercerita, rakannya itu mengambil keputusan untuk tetap bersama isterinya kerana dua daripada enam orang anaknya itu merupakan darah dagingnya sendiri.
“Kawan aku decide untuk stay untuk anak-anak dan dua anak terakhir itu dia punya,” ujar individu terbabit.
Pada ruangan komen pula, individu berkenaan juga menjelaskan bahawa tona kulit empat anak yang pertama berbeza dari rakannya.
Malah, dia turut berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu dibuat tanpa sengaja kerana rakannya itu mempunyai kenalan doktor yang mempunyai akses kepada peralatan untuk ujian tersebut.
“Kebetulan dia berjumpa dengan doktor yang ada akses kepada peralatan untuk ujian DNA. Tu yang dia ambil kesempatan.
“Bukan instict. Dia terjumpa doktor tu secara kebetulan dan ambil kesempatan untuk periksa DNA keluarga dia. Dia tak jangka pun kebenaran tu.
“Semua ni aturan Allah la ni, dan dia masih boleh berpura-pura depan isteri dia. Sebab dia rasa macam isterinya dah berubah, saya pun tak pasti,” katanya.
Lebih mengejutkan, individu itu turut mendedahkan bahawa keempat-empat anak yang bukan milik rakannya itu mempunyai bapa yang berbeza-beza.
Dalam pada itu, individu terbabit turut memberi peringatan kepada mana-mana pekerja ‘offshore’ untuk memeriksa DNA anak masing-masing bagi memastikan kejadian sama tidak menimpa mereka.
Foto hiasan
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang menyuarakan rasa simpati mereka terhadap si suami.
Kalau tak boleh LDR, jangan teruskan
Bayangkan gembiranya dia dapat anak pertama tu
Sedihnyaa
Kesian laki tu tapi lagi kesian anak-anak
Tak ada siapa nak terima isteri dia
Harap tak affect sayang dia kat anak
Kesiannya, apalah nasib anak-anak tu nanti…
Sumber: X @akuskizo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source