PTPTN bantu 200 pelajar asnaf mulakan sesi persekolahan di Pulau Pinang
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah bekerjasama dengan Harian Metro dalam penganjuran Program Titipan Kasih Back To School bagi membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dan meraikan pelajar yang melangkah masuk ke sesi baharu persekolahan.
Seperti kebiasaan pada saban tahun, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ayer Itam, Pulau Pinang dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN.
Pelajar dari dua sekolah di Pulau Pinang
Melalui program berkenaan, seramai 200 pelajar dari dua buah sekolah terpilih di Pulau Pinang iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Itam dan Sekolah Kebangsaan Sri Aman menerima bantuan set pakaian sekolah serta beg sekolah berjumlah RM35,000 sumbangan daripada PTPTN.
Manakala pihak Media Prima Berhad pula memberikan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM20,000 di mana setiap pelajar akan menerima RM100.00 setiap seorang.
Pemberian yang ditumpukan kepada pelajar golongan asnaf ini melibatkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih bagi memastikan bantuan diterima langsung kepada golongan sasar.
YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN diiringi dif-dif kehormat bergambar bersama penerima sumbangan
Harap dapat bantu ringankan beban ibu bapa
Menurut Datuk Norliza, PTPTN sentiasa prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan menyalurkan bantuan melalui pelaksanaan program-program CSR untuk kebajikan dan kesejahteraan mereka agar tidak tercicir daripada arus pendidikan disebabkan masalah kewangan.
“Saya berharap melalui sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menguruskan keperluan anak-anak pada sesi persekolahan baharu ini.
“Semoga simpanan yang diberikan dapat memberi motivasi kepada ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan yang terbaik demi masa depan anak-anak,” ujar beliau.
Sebagai titik permulaan pelajar menabung
Sementara itu, YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad pula menyatakan yang pihak mereka sentiasa komited dalam melaksanakan program-program seperti Titipan Kasih Harian Metro kerana mampu menghubungkan sektor korporat dengan komuniti-komuniti di seluruh negara.
“Besar harapan kami semoga sumbangan yang diberikan pada hari ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah serta ibu bapa mereka.
“Semoga sumbangan dan pembukaan akaun Simpan SSPN ini menjadi titik permulaan kepada pelajar-pelajar untuk menabung dan merancang untuk pendidikan tinggi di masa hadapan.” katanya.
YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN memotong riben dan menurunkan tandatangan pada bunting sebagai simbolik perasmian Program Titipan Kasih Back To School Bersama PTPTN dan Harian Metro
Turut hadir ke program berkenaan adalah YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Encik Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro, YBrs. Encik Fadzil bin Sadikin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Encik Azlan Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pejabat Pengerusi, Media Prima Berhad, Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN serta Encik Muhammad Muhsin bin Abdul Rahman, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.
Pihak PTPTN juga berbesar hati mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada semua tetamu jemputan yang hadir dan penduduk sekitar bersempena dengan bulan Ramadan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source