Sah rumah kena pecah! Kak KM luah syukur, barangan RM2.1 juta ditemui
Usahawan dan influencer, Kak KM luah syukur selepas berkongsi keratan akhbar mengatakan jongkong emas bernilai jutaan ringgit dan peti besi telah ditemui selepas dirompak oleh penjenayah.
Barang ditemui semula di Batu Pahat
Menerusi Facebook Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T apabila peti besi dan barang kemas berjumlah jutaan ringgit ditemui semula di Sungai Sembrong Batu Pahat.
Kak KM luah syukur, ucap terima kasih PDRM
Memetik laporan dari Mstar, Kak KM akhirnya mengesahkan bahawa dialah usahawan dan influencer yang mengalami kerugian sewaktu rumahnya dipecah masuk sekumpulan penjenayah pada 4 Mac lalu.
Ujarnya, dia bersyukur kerana barangan yang dirompak ditemukan semula dan memuji tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes tersebut.
“Ya itu memang saya. Pertama sekali saya bersyukur Allah pulangkan kembali hasil titik peluh saya. “Lepas itu nombor dua tahniah PDRM, mereka memang hebat dan terbaik!
“Dalam masa 24 jam dapat tangkap penjenayah dan selang tiga hari dah jumpa balik barang-barang yang hilang,” katanya.
Kak KM luah syukur, akan tingkatkan keselamatan rumah
Dalam pada itu, Kak KM menyatakan yang dia akan meningkatkan kawalan keselamatan di kediamannya selepas ini walaupun bakal berpindah tidak lama lagi.
“Saya akan ketatkan sistem keselamatan rumah meskipun saya sebenarnya akan berpindah tak lama lagi.
“Rumah sekarang belum fikir nak buat apa dan saya takkan jual, tapi kemungkinan akan pasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu langkah keselamatan,” ujarnya.
Artikel lain: Kak KM tak lokek kongsi rezeki, habiskan RM10,000 belanja staf makan
Titip pesan kepada orang ramai, Kak KM luah syukur percaya rezeki Allah
Dia juga menitipkan pesan kepada orang ramai supaya sentiasa bersabar dan percaya dengan rezeki daripada Allah S.W.T susulan mengambil pengajaran daripada situasi yang dihadapinya itu.
Saya boleh kata orang luar hanya tahu kecam sahaja, tapi saya nak bagitahu untuk orang lain jangan risau kalau itu rezeki yang halal hasil titik peluh kita insyaAllah akan dapat balik,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial berita tentang rumah seorang usahawan dan influencer wanita telah dipecah masuk dan peti besi serta jongkong emas miliknya dilarikan penjenayah.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid telah mengesahkan semua suspek ditahan pada 5 Mac lalu oleh Unit Risikan Jenayah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di batu Pahat, Johor.
Selain jongkong emas, pihak polis turut menemukan 15 utas rantai emas, 14 gelang emas, dua bentuk cincin emas, beg berjenama, loket emas dan subang emas di sebuah kediaman di Batu Pahat dianggarkan bernilai RM 2.1 juta milik usahawan wanita terkenal.
Manakala, pencarian di kawasan sungai pula telah dilakukan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpandu maklumat suspek lelaki yang ditahan.
Sumber: Facebook Kak KM, Mstar (Amin Hazlan), Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source