Rita Rudaini tak pernah lupa, anak pertama dituduh bukan darah daging bekas suami
Pelakon Rita Rudaini tak pernah lupa dakwaan anak sulungnya bukan darah daging hasil perkahwinan bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar berkata demikian dalam satu temu bual bersama Melodi TV3, baru-baru ini.
Rita Rudaini tak pernah lupa penafian bekas suami
Aktres berusia 48 tahun itu berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila anak sulungnya, Airit Rayyan dituduh bukan darah daging Aidil.
Lantaran itu, Rita Rudaini tak pernah lupa dan melarang daripada mendekati anak-anak.
“Satu benda saya ingat apabila anak pertama saya dikatakan bukan anak dia. Okey, baik anak orang lain.
“Jadi, jangan tengok muka anak aku. Aku takkan bagi dia dekat,”ujar Rita Rudaini.
Dalam pada itu, Rita mengatakan dia tidak akan pernah memaafkan sesiapa yang terlibat berhubung isu dia bersama Aidil sewaktu mereka berpisah dahulu.
Jelasnya, dia tidak boleh memaafkan seseorang itu dalam keadaan terpaksa dan perbuatan tersebut harus dilakukan dengan ikhlas.
Rita Rudaini tak pernah lupa, nafi hasut anak-anak benci bapa kandung
Tegas selebriti kelahiran Perlis, dirinya juga tidak pernah dan tidak mempunyai masa untuk menghasut anak-anak bagi membenci bapa kandung mereka sendiri.
Sebaliknya, dia tidak boleh memaksa mereka untuk bertemu dengan Aidil Zafuan selepas sekian lama tidak bertemu, malah langsung tidak mempunyai memori bersama.
“Jasa bapa dia (Aidil) cuma bagi benih saja. Tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa.
“Saya tak boleh nak paksa. Korang jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata, buka hati kena scan betul-betul,”katanya.
Minta netizen jaga sensitiviti, anak-anak hidup bahagia
Di kesempatan itu, Rita turut menitipkan nasihat buat warganet atau individu di luar sana agar menjaga sensitiviti dan tidak bertanya apa-apa sahaja kepada anak-anaknya mengenai bekas suami.
Luahnya, netizen tidak seharusnya kasihan dengan bekas suami yang dikatakan merindui anak-anaknya, sebaliknya kasihan akan dirinya yang bergelar ibu tunggal membesar zuriat seorang diri.
“Tak payah nak konon-konon faham perasan anak. Yang korang nak sedih dan kesian tu… aku yang berpeluh-peluh ketiak bela anak daripada kecil. Korang tak kesian?
“Yang di sana (pihak Aidil) sebut sikit nama, bermodalkan air liur terus kesian. Saya tak faham. Buta hati, buta perut, segala-galanya buta,”luah Rita.
Artikel lain: Rita Rudaini ingatkan bekas suami, tak perlu berangan jumpa anak
Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga pemain bola sepak pernah bernikah pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Namun, pasangan tersebut bercerai talak satu pada September 2013.
Sumber: Instagram Melodi TV3
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source