Ingatkan dah insaf, polis siasat guru SMK ‘bercinta’ dengan pelajar tingkatan 5
Polis siasat guru SMK yang didakwa kantoi bercinta dengan pelajar tingkatan lima apabila ahli keluarga pelajar tersebut mendedahkan hubungan mereka di media sosial.
Menurut laporan Buletin TV3, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan dakwaan seorang guru menjalinkan hubungan dengan pelajarnya yang berusia 17 tahun.
Polis siasat guru SMK bercinta
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkatam laporan polis telah dibuat pada Disember tahun lalu.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan semua pihak yang terbabit sudah dipanggil bagi merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan,” katanya.
Ingatkan guru SMK dah insaf!
Sementara itu, ibu remaja terbabit memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan selepas kejadian itu tular.
Maklumnya, kejadian tersebut sudah lama berlaku dan dia tidak menyangka guru wanita terbabit masih berhubung dengan anak lelakinya.
“Kejadian itu berlaku sudah lama dan saya ingatkan guru terbabit sudah insaf namun tak sangka dia masih berhubung dengan anak saya.
“Selepas kisah ini tular, pihak menteri sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan dan Insya-Allah saya akan maklumkan fakta sebenar apa yang berlaku,” kata ibu remaja berkenaan.
Artikel lain: Dah ada suami & anak, guru SMK kantoi main cinta dengan pelajar tingkatan 5
Sebelum in, tular ciapan daripada seorang individu yang mendakwa sebagai saudara mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.
Dalam luahan tersebut, dia dikenali sebagai Bellinda dan keluarga telah memberi amaran kepada guru wanita berkenaan agar tidak menggangu pelajar tersebut. Namun mereka masih lagi menjalinkan hubungan.
Disebabkan itu, dia terpaksa menularkan tindakan guru berkenaan kerana masih lagi menjalinkan hubungan dengan adiknya walaupun laporan polis sudah dibuat.
Menurutnya, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.
Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, namun mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.
Sumber: Buletin TV3
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source