Ibu Hamil Demam, Awas Bila Berulang, Boleh Jejaskan Janin
Selalunya kita mendengar saranan untuk menjadikan seseorang individu sebagai ibu susuan jika kita tidak mampu memberikan susu ibu kepada anak. Tetapi tanpa kita sedar, sebenarnya terdapat risiko bahaya jika berkongsi susu ibu. Terkejut, bukan?
Risiko jangkitan
Dalam satu kajian yang dilakukan, doktor memberi amaran terhadap amalan berkongsi susu ibu sebagai antara punca risiko untuk mendapat jangkitan penyakit dan penyebaran virus kepada bayi.
Berkongsi susu badan mungkin bukan satu perkara yang menjadi amalan kebanyakan ibu di Malaysia. Tetapi amalan berkongsi susu ibu ini adalah satu perkara biasa bagi kebanyakan ibu di Amerika Syarikat.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan para doktor di sana adalah apabila perkongsian ini melibatkan individu yang tidak dikenali, sedangkan wujud tempat pengumpulan susu (bank susu) yang disediakan untuk ibu-ibu yang memerlukan.
Lebih membimbangkan apabila individu yang berkongsi susu ibu ini tidak melakukan pemeriksaan sampel untuk dadah, alkohol atau jangkitan. Perkara ini sekali gus boleh menjadi punca kepada penyebaran virus seperti HIV, sifilis dan hepatitis B kepada bayi.
Selalunya ibu-ibu mendapat info mengenai perkongsian tidak formal ini melalui penggunaan media sosial dan blog. Sebagai contoh terdapat lebih 24,000 individu mengikuti laman Facebook ‘Human 4 Human Babies’ yang merupakan satu laman yang didedikasikan untuk perkongsian susu ibu.
Kajian berkongsi susu ibu
Satu kaji selidik atas talian telah dilakukan oleh penyelidik dari Cohen Children’s Medical Center/Northwell Health di New York. Kajian yang melibat 665 individu bergelar ibu ini melibatkan pendedahan mengenai dari mana susu ibu itu diperolehi dan perkara yang menjadi kebimbangan mereka
Hasil kajian mendapati sebanyak 422 (64 peratus) mendapatkan perkongsian susu ibu melalui prosedur informal “mother-to-mother” milk sharing (IMS) dan selebihnya, 233 menerima susu ibu melalui bank susu yang disediakan.
Daripada jumlah mereka yang memilih IMS, sebanyak 56 peratus tidak mempunyai kebimbangan dan 78 peratus mengatakan tidak perlu memaparkan sampel perubatan atas dasar kepercayaan. Hanya tiga peratus prihatin tentang isu pencemaran susu ibu dan empat peratus menyatakan kebimbangan potensi kehadiran alkohol, ubatan serta dadah.
Anggap remeh isu risiko bahaya
Menurut salah seorang penyelidik, Nikita Sood, hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan IMS mengambil mudah risiko-risiko yang mungkin berlaku. Ini sekali gus menjadi tugas pakar perubatan untuk mendidik ibu bapa mengenai bank susu serta menggalakkan amalan perkongsian susu ibu yang selamat.
Dalam analisis lain yang dilakukan oleh kumpulan penyelidikan yang sama mendapati penerimaan maklumat yang salah menjadi antara punca lebih ramai ibu-ibu memilih IMS berbanding bank susu.
Penyelidik juga menyatakan, jika ibu bapa membuat carian di Google mengenai pendermaan susu, mereka akan lebih cenderung untuk menerima dan mendapat banyak maklumat yang tidak tepat.
Berhati-hati
Walaupun seperti yang disebut pada awal-awal artikel ini, perkongsian susu ibu mungkin bukanlah satu amalan yang sering dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Malahan ia boleh dikatakan sebagai satu amalan yang jarang didengar.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian jika anda ingin mengamalkan perkongsian susu badan ini. Antaranya anda perlu memastikan individu yang ingin memberikan susu badan kepada bayi anda bukanlah seorang perokok, tidak mengambil ubatan tertentu dan tidak mengambil sebarang minuman alkohol lebih daripada dua cawan dalam seminggu.
Sumber: Health Group
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source