Datuk Red akui 5 tahun ditanggung Adira, sudah bankrap sejak 2019
Usahawan, Datuk Red akui 5 tahun ditanggung Adira susulan tidak mempunyai pendapatan tetap selepas diisytiharkan bankrap pada tahun 2019.
Memetik laporan dari Mstar, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan yang dirinya tidak mempunyai pendapatan dan ditanggung isteri keduanya, Adira selepas tiada pekerjaan.
Buang malu cari kerja
Dia juga mengakui membuang rasa malu membuat hantaran mencari pekerjaan di TikTok kerana enggan duduk diam sahaja tanpa berusaha.
“Macam inilah kehidupan, betul saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytiharkan bankrap sejak 2019.
“Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu! Perkongsian cari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira. “Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal,” katanya.
Datuk Red akui 5 tahun ditanggung Adira, hutang cecah jutaan ringgit
Dalam pada itu, Datuk Red menjelaskan yang sepanjang lima tahun tersebut, dia telah mencuba untuk mendapatkan pekerjaan namun gagal.
Walaupun disaran untuk menjadi pemandu e-hailing, tetapi pendapatan tersebut tidak mencukupi untuk melunaskan hutang-hutang yang mencecah jutaan ringgit.
“Saya ini terlalu banyak hutang… sampai berjuta-juta. Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.
“Saya pun ada tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya.
“Nyawa saya pun sudah tidak lama, takkan saya nak mati dengan hutang,” luahnya.
Artikel lain: Datuk Red cari kerja di TikTok? -“Rezeki demi anak2 dan bayar hutang”
Datuk Red akui 5 tahun ditanggung Adira, pernah terlintas nak bunuh diri
Ujarnya lagi, dia pernah terlintas untuk menamatkan hidupnya namun bersyukur kerana masih ada lagi iman di dada agar tidak melakukan sesuatu yang dilarang dalam agama.
“Kadang-kadang sampai terfikir kalau ada mesin tarik nyawa memang saya nak cuba sebab sudah tak larat.
“Tapi bila fikir anak-anak dan agama saya terus kuat. Tapi sejujurnya saya memang tertekan dan down,” ujarnya.
Minta orang ramai tak salahkan isteri2
Dia juga bersyukur kerana isterinya banyak membantu dalam rumah tangga sewaktu dia berdepan ujian ini.
Datuk Red turut memohon orang ramai tidak menyalahkan kedua-dua isterinya dan berharap orang ramai dapat menjadikan kisah rumah tangga mereka sebagai pengajaran.
“Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia.
“Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia (Adira) tanggung biawak hidup,” katanya lagi.
Untuk rekod, penyanyi terkenal, Adira Suhaimi telah menfailkan penceraian terhadap suaminya pada 25 Oktober tahun lalu tanpa sebarang alasan.
Tak lama selepas itu, isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim juga menfailkan penceraian pada penghujung Januari tahun ini.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source