Rumah dikutuk nampak murah, Aliff Syukri minta pereka dalaman jangan sibuk
Usahawan kontroversi, Aliff Syukri minta pereka dalaman jangan sibuk mengurusi susun atur rumahnya selepas kediaman mewah tersebut didakwa nampak murahan.
Aliff Syukri terasa hati
Menerusi Instagram Aliff Syukri, dia bertanya adakah sesiapa mengenali pereka dalaman tersebut kerana merasakan tindakan wanita itu menyebut nama serta kediamannya sebagai contoh sangat tidak wajar.
“Siapa kenal makcik sesat mana ni?? Bagi saya setiap orang ada selera masing-masing, tak payah nak sebut nama sesiapa dan komen rumah orang of course saya terasa hati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Aliff Syukri minta pereka dalaman jangan sibuk, tak jumpa nama dekat web MIID
Dalam pada itu, Aliff Syukri juga mendedahkan bahawa nama pereka dalaman yang mengatakan rumahnya terlihat murahan itu tiada di dalam senarai nama ahli Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia (MIID) selepas disemak di dalam website tersebut.
Jadi, dia meminta agar pereka dalaman berkenaan untuk tidak berlagak seperti paling hebat dan menggunakan namanya untuk meningkatkan perniagaan.
“Makcik ni dia takde registered dengan MIID.. search tak keluar nama dia di Web page MIID. So, jangan nak feeling kau paling terbaik dan nak gunakan nama saya untuk naikkan bisnes interior design awak,” ujar Aliff lagi.
Aliff Syukri minta pereka dalaman jangan sibuk, suka hati nak atur rumah macam mana
Tambah usahawan berkenaan, duit serta konsep yang diketengahkan ke atas rumahnya adalah mengikut apa yang dimahukan dan bukan urusan pereka dalaman tersebut untuk mengatur-aturnya.
Dia juga dengan sinis mengatakan mahu melihat sendiri rumah pereka dalaman tersebut susulan menyelar kedudukan lampu dirumahnya yang dikritik nampak murahan.
“Duit saya, konsep saya, rumah saya, ikut suka hati saya. Sesuka hati kata rumah aku macam kedai tomyam. Nak gak tengok rumah makcik ni,” ujarnya.
Artikel lain: Pereka dalaman dakwa rumah Aliff Syukri nampak murah – “Dia tak pandai buat susunan”
Terdahulu, wanita yang merupakan pereka dalaman mendakwa rumah usahawan terbabit nampak seperti murahan kerana kurang bijak dalam mengatur rias kediaman.
Dia juga menyamakan rumah Aliff Syukri seperti kedai RM2 kerana susunan lampu chandelier dan barang-barang mewah tidak disusun dengan betul.
Walau bagaimanapun, video terbabit sudah dipadam dari akaun TikTok selepas mendapat pelbagai maklum balas dari netizen yang merasakan tidak menjadi kesalahan pun jika usahawan terbabit ingin menghiasai rumahnya mengikut selera sendiri.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source