Kakak Adira bahasakan Datin Red -“Asyik nak tunjuk kau punya sabar”
Selepas luahan isteri pertama Datuk Red, kini giliran kakak Adira bahasakan Datin Red pula apabila wanita itu seakan tidak terima suaminya memuji isteri kedua di media sosial kerana banyak membantu sewaktu dalam situasi sukar.
Macam tak puas hati nama tak disebut
Menerusi hantaran yang dibuat Emma Suhaimi di Insta Story, dia memuat naik semula tangkapan layar luahan Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim yang seperti tidak puas hati apabila bantuan yang dihulurkan kepada suami tidak pula diceritakan kepada media.
Kakak Adira bahasakan Datin Red, geram asyik cerita tunjuk sabar
Dalam hantaran tersebut Emma seakan geram dengan tindakan Datin Red kerana asyik membuli adiknya, Adira walaupun penyanyi itu banyak membantunya sebelum ini.
“Yela, orang lain yang kau cakap tu yang selalu tolong kau tau, SELALU TOLONG KAU. Kau jangan lupa mention sikit baik orang.
“Asyik nak tunjuk kau punya sabar. Orang lain tu baru je nak puji sikit di media sosial secara terbuka, eh kau tak boleh eh?”
Kakak Adira bahasakan Datin Red, kesian tengok adik
Emma juga mengatakan yang Adira turut menangis melihat video temubual suaminya yang mendedahkan keadaan semasa sehingga memaksa untuk dirinya mencari pekerjaan walaupun sekadar pembantu di bazar Ramadan.
Dia memohon agar Datin Red tidak lagi membuli adiknya seperti sebelum ini dimana pernah digertak-gertak sesuka hati.
“Haa boleh call kita tak sembunyi-sembunyi dah ni. Biarlah saya bersuara. Jangan buli adik saya ok. Dulu boleh la kau gertak-gertak dia dengan kata-kata kau. Sekarang mari sni sekali jumpa kakak dia,” tulisnya.
Artikel lain: “Kau pinjam duit aku, tak nak pula cerita”- Datin Red
Hantaran yang dibuat oleh penyampai radio Era FM itu susulan tindakan Datin Red yang memuat naik perkongsian seperti ditujukan kepada suaminya selepas mendedahkan perlu meminjam duit dari Adira untuk membeli makanan berbuka puasa untuk anak-anak isteri pertama.
Ujar Datin Red lagi, dia sampai terpaksa menjual tanah demi membantu suami sehingga anak-anak juga trauma disebabkan tindakan usahawan tersebut.
Terdahulu, pendedahan Datuk Red berkenaan kehidupannya sekarang yang sudah lima tahun ditanggun Adira telah mencuri perhatian ramai memandangkan baru-baru ini isteri keduanya itu nekad mahu bercerai.
Tak hanya itu, isteri pertama turut telah menfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu dan usahawan berkenaan mengatakan apa yang berlaku mungkin kifarah terhadap dosa-dosanya yang dahulu.
Sumber: Instagram emmasuhaimi
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source