Produk kecantikan kaburkan wajah Ruhainies kini kolaborasi dengan Bella Astillah
Baru-baru ini, produk kecantikan kaburkan wajah Ruhainies dalam iklan terbaru keluarannya kerana memegang prinsip tidak menyokong mana-mana artis yang dihambat kontroversi negatif sehingga boleh menjejaskan reputasi produk.
Ujar pihak produk berkenaan, pengambaran untuk iklan tersebut telah berlangsung sebelum kejadian tangkap khalwat Ruhainies dengan seorang aktor popular yang sama-sama berlakon dengannya dalam sebuah drama terbaru.
Wajah kena kabur sebab isu kontroversi
Tindakan produk kecantikan itu dipuji ramai memandangkan tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk serta kontroversi sehingga sanggup mengaburkan wajah selebriti berkenaan di dalam iklan mereka.
@kitsuimalaysia KENYATAAN RASMI Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri 🙏🏻🙏🏻 ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air. Penggambaran iklan produk KITSUI ini menggabungkan tiga artis terkenal tanah air iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Pemilihan mereka bertiga untuk menjayakan rakaman Kitsui Ramadan Greetings dan Kitsui Raya itu dibuat setelah penelitian rapi dilakukan pada october 2023 Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi oleh salah seorang pelakonnya, KITSUI berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman tersebut sudah siap dirakamkan pada Disember 2023 dan seramai 100 krew produksi yang terlibat dalam menjayakan iklan ini. ⛔️⛔️ KITSUI TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PIHAK, KELAKUAN BURUK ATAU KONTROVERSI ⛔️⛔️ Di kesempatan ini bersempena bulan mulia, pihak kitsui berbesar hati ingin menginfaqkan sebahagian keuntungan kami kepada pihak² yang memerlukan terutama rumah anak² yatim. Semoga dengan setiap ringgit pembelian mendapat rahmat dan berkat dariNya. Terima kasih atas segala sokongan dan keprihatinan anda terhadap Kitsui. KITSUI mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan kepada semua umat Islam. #kitsuiprotectwoman#womanprotectwoman#kitsui @Wany Hasrita
Produk kecantikan kaburkan wajah Ruhainies, ambil Bella Astillah jadi duta
Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru produk berkenaan di media sosial rasmi mereka, selebriti cantik, Bella Astillah telah diumumkan sebagai wajah baru untuk jenama terbabit dan mereka dengan senang hati menjalin kerjasama dengan isteri kepada Aliff Aziz ini.
Artikel lain: Tak sokong kelakuan buruk, produk kecantikan kaburkan muka Ruhainies dalam iklan
Dalam hantaran berkenaan, Bella menyatakan yang para wanita seharusnya lebih kuat dan tetap bangkit walaupun hampir terjtuh demi meneruskan kehidupan.
Produk kecantikan kaburkan wajah Ruhainies terima pujian ramai
Perkongsian yang cukup positif dalam rangka mempromosikan produk terbabit telah dihujani dengan pelbagai komen sokongan daripada kenalan serta peminat selebriti itu.
Mereka juga memuji cara pemasaran produk kecantikan itu kerana memberi peluang kepada selebriti dengan imej bagus untuk memastikan jenama mereka kekal diterima masyarakat.
Ini yang ramai mahukan
Bagus support wanita teraniaya
Gelombang Bella Astillah
Terbaik marketing macam ni
Terdahulu, produk kecantikan berkenaan telah membuat satu kenyataan rasmi dengan menjelaskan punca mengaburkan wajah Ruhainies dalan iklan raya mereka.
Perkara itu susulan isu kontroversi artis terbabit yang baru sahaja ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz sehingga Bella Astillah menfailkan penceraian terhadap suaminya.
Sumber: Instagram Bella Astillah, kitsuimalaysia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source