Tak sampai seminit ‘parking’, lelaki dakwa disaman anggota MPKJ
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Hizam mendakwa dia telah disaman anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) selepas kurang seminit parkir di sebuah lokasi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hizam di laman TikToknya, dia merakam anggota tersebut yang sedang menjalankan kerjanya dengan mengeluarkan saman terhadap kereta yang tidak membayar parkir.
Disaman anggota MPKJ
@hizammohd321 Penguatkuasa bodoh.Enjin tengah menyala,aku dalam kedai tengah nak bayar guna apps,dia pergi kompaun jugak.
Artikel lain: Pelancong disaman polis, diberi pilihan – “Bayar RM300 di balai atau RM100 di sini”
Dalam video tersebut, Hizam meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia telah dikenakan kompaun ketika mahu membayar parkir melalui aplikasi.
“Pegawai MPKJ, saya baru masuk parking tak sampai seminit tengah bukak apps nak bayar parking, dia dah kompaun.
“Saya tengah bukak apps nak bayar, tak nampak dia datang tiba-tiba ada depan kereta terus kompaun dan saya kata saya baru nak bayar ni baru bukak apps.
“Penguatkuasa bodoh, enjin tengah menyala, aku dalam kedai tengah nak bayar guna apps dia pergi kompaun jugak,” dakwanya dalam video tersebut.
Disaman anggota MPKJ
Hizam kata masuk farmasi sekejap je!
Terbaik MPKJ
Pun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan anggota tersebut yang mengabaikan lelaki itu dan terus menjalankan tanggungjawabnya.
Netizen nasihat, bayar dulu sebelum parking
Dalam pada itu, netizen menitipkan nasihat kepada Hizam supaya membayar parkir terlebih dahulu di petak berbayar bagi mengelakkan kejadian sebegini kembali berlaku.
Kata netizen, Hizam perlu lebih cakna dengan keadaan sekeliling dan mereka berpendapat anggota MPKJ itu hanya menjalankan tanggungjawabnya.
Sumber: TikTok @HizamMohd321
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source